*logo baru IKM.
AL-Kisah Punya Introduction
"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"
Tuesday, 27 October 2009
Pengalaman di sungai petani
*logo baru IKM.
Tuesday, 6 October 2009
Buka Puasa Bagan Lalang 2009 - kenyang -
Thursday, 1 October 2009
Jamuan akhir tahun
Makanan di sediakan oleh kami sekelas dan kami menjemput semua pengajar Jabatan Lukisan Senibina. Takdalah 5 star sangat tapi bab makan free memang tak tolak. Laju je sumbat.
*posing istimewa seluruh kelas. smile
Majlis yang diakan sehari selapas hari terakhir kuliah ini cukup meriah. Rasa macam taknak berakhir malam tu. Lepas ni jumpa tak kawan kawan yang sempoi dan caring macam ni. Panjang umur dan ada jodoh jumpe lah. Semua tu tuhan yang aturkan. Aku rasa bersyukur di temukan dengan kawan kawan di ikmsp. "Those were the good old days. We are forever young those days."
*posing istimewa "jantan" seluruh kelas. smile
Aku masih ingat masa aku jumpe Mai kat kl. Masa tu die tahu ramai budak ikmsp kat kl tapi die buat hal sendiri jer. Setelah terkantul dan di desak berjumpe, aku rasa macam nak sekeh sekeh jer mamat tu.
"Ala ko ni.. tak kan nak kawan sampai bile bile kot. Ikm.....cerita lain, kl cerita kat kl lah.." kecik hati aku mai cakap cam tu. Tapi aku faham dan aku ape yang diungkap adalah benar. Impossible nak jumpe semua kawan kawan time reunion. Tapi kawan IKMSP lain beb. Ikhlas , kawan bukan sebab harta atau paras rupe (bende yang dua dua aku kureng. hahahah).
*aku dan kelongsong, ahli jemaah basuh periuk. buddy where are you??
Bile agaknyer nak jumper reramai cam ni. Tuhan saja yang tahu..
Keesokkan harinyer kami dah start hantar kawan kawan ke bus station. Hantar balik negeri masing-2. Sayangnyer nak balik. Sampai mak aku risau" tak balik-2 lagi anak aku ni..."
*hari hantar mat piah balik k.l
Tuesday, 18 August 2009
the event of the year is back!!! Ramadhan Gathering
tarikh keramat . ialah hari SABTU 5/9/2009
semua tetamu terhormat di jemput hadir:-
minuman rasmi . hehehe
Fresh Orange
Venue –
Price per head – RM40 nett(balance kalau ada insyaALLAH akan di returnkan)
Menu:-
1.Otak otak
2.Nasi lemak / nasi putih
3.Kerapu sweet sour
4.Siakap steam baekkk
5.Sotong goreng tepung
6.Buttered Prawn
7.Kalian ikan masin
8.Lala goring berlada
9.Tomyam campur
sekali lagi tarikhnya
time (nak maghrib lah tak kan solat asar kot) & date – 29/08/09
contact person
– azra, mai, izwan, eres, suhaimi
account number – maybank (azra) –1121 4751 4252
kalu tak nak bank in time makan bawak duit jer... bawak lebih pun boleh.. ramai yang lapor..
meeting point – masjid sepang – 6.00p.m
map ( dari website restoran)
map dalam website restoran ni cume draf jer. tapi di galakkan konvoi reramai
nak detail .....try to google it ;-)
View Larger Map
confirmation – confirm with iwan & azra & mai –
mandatory comfirmation is on 3/08/09 – inform awal jer dulu tak per..
mai – kapla kantor = promoter..012-6705430
booking – benuk..012-6994628 / 012-9411230
accountant – azra 013-3799546 / hatta -013-3293634
blog promoter - goku..012-3969249
Tuesday, 16 June 2009
The Final Day Has Come
* baru habis present untuk final project. kelegaan dan kenikmatan untuk menarik nafas yang panjang
Semua orang dalam dunia ini mesti ingat waktu last day kat sekolah. Hari yang majoriti nyer dah menyalakan rokok dan menayangkan rambut panjang depan guru disiplin. Tak ketinggalan juga mereka yang melengkapkan 'kedatangan' ke shoppping complex atau memonteng tah mana hala.
Tapi di IKMSP hari terakhir adalah hari paling sedih dan gumbira.. happy dah habis satu babak dalam hidup aku, sedih sebab terpaksa meninggalkan kawan kawan yang lain.
Semua orang datang studio hari bersejarah tu. Macam macam benda berlaku. Minta maaf atas kesilapan , berterus terang dalam percintaan :)
Tak kira jaga luahan perasaan pada junior yang comel comel. Time ni jer yang berani . hahahah. Tradisi baju berconteng sudah menjadi lumrah. Korang simpan kali baju tu kuliah yang berconteng tu? Aku pun tak tahu mane pergi baju tu.
*bergambar bersama junior yang comel comel. depa pun sanggup bagi kami conteng kat lengan baju depa. thanks guys. :') p/s kat baju kami penuh ngan no. tel. aweks. huhuhu
* the last picture of us.
Dengan Puan Khalsom. Jasa mu di kenang, thanks a 'ribu ribu lemon'
Setahun lepas tu aku sambung BTEC HND kat kolej swasta. Beza sangat condition ngan ikm, Tak rapat dan tak kamcing masa kami di ikm dulu. Last day kuliah pun tak ramai nak datang. Bosan..
Moral kat sini .. Appriciate kawan kawan anda, orang orang sekeliling anda,
Mungkin aku agak lurus masa datang di kolumpo ni. Senario yang berbeza dari sungai petani.
Aku ingat lagi kata bapak aku masa die tinggalkan aku kat gate ikmsp.
"kat sini nanti awak akan jumpa macam macam jenis orang ada dalam dunia ni, beribu satu macam perangai, terima dan sabor dengan perangai kawan-2 , berkawan biar beribu, bercinta.. nanti dulu (ko tak abis belajor lagi) tolong bior ikhlas"
* pintu masuk utama IKMSP . gambar ni masa pagi final day
tHanks For reAding.
-suhaimi ibrahim @ goku -
Wednesday, 10 June 2009
kesibukan menghalang tugasku
Aku teringin jadi nobita, pinjam alat doraemon untuk membeli masa. Hah. macam kanak kanak daa.. Tak per semua budak akitek memang cam ni. Suka tgk anime unutk realese tension. Teringin nak minum ngan kawan kawan ikmsp lame. Pergh .. masa masa masa. di mana kan ku cari masa...
Thursday, 14 May 2009
Kenangan Masa Lalu
Wednesday, 29 April 2009
sejenak di masa kini
Semua dah kembang kembang. Dah jadi bapak la katakan. Cuma belum jadi datuk jer.
anyway kami harap sampai datuk pun friend-line kami tak putus
Mai dan tunang nyer. Bulan 12 2009 insyaAllah. Kurang member bujang. Takpelah kawin. kami pun semua dah lebih suku abad dah. hehehehe Jangan jadi homo dah ler.
Sebelah Mai tu Nazir.. Damn rare giler.. hehehe. Banyak atur cara kami setupkan dia tak dapat hadir. Tetiba rezki dia ada. Panjang umur lu bro..
Organizer 'iwan' baju hitam. Keep organizing bro .. Thanks...
From boys to men.. dari kiri.
hasrol, iwan, eres, hatta, mai, nazir. Kudos to you all.
rock and rollar.. metal haller.
Saturday, 4 April 2009
Makan ramai ramai
Aku berani jamin time student dulu kalau ada makan free ajer pantang, penuh jer dewan. Time kuliah hmmm.. haram.... Di IKMSP hari jumaat adalah cuti. Masa di asrama dulu kalau hari jumaat bangun lewat. Terlepas makan paling penting. Sarapan. Hari jumaat dewan makan asrama mula makan lepas solat jumaat. Jadi memang lapor tahap kronik ler. Sampai masjid jer mata meliar cari pisang. Sekajap jer bersih. Kat masjid kalu ade kuih atau air teh yang semalam punyer pun sapu. Kira nyer kalau ada makanan tak abih panggil budak IKMSP jer lah. Settle.!!
Gambar dalam posting kali ini kisah salah seorang member sekelas belanja makan. Mesti ingat yang tukang belanja ni banyak duit. Tapi duitnyer semua datang dari titik peluh sendiri. Dikala member tidur terbongkang tak ingat waktu maghrib tika balik kuliah. Mamat ni dah bergegas ke tempat kerja part time. Jadi juruwang di pasaraya ocean. Tika kami gelak gelak hisap rokok lepas makan malam, dia masih lagi berkerja. Tapi mamat ni bagus, dia tak berkira sangat. Itu lah sebabnya die ambil keputusan belanja makan kami sekelas.
Tanpa berfikir panjang abis kuliah jer terus salin baju turun town Sungai Petani. Kebetulan esok cuti. Hmm balik lewat malam ler jawabnyer. Kena lak time belanja hujung hujung bulan. Rezeki bro!!.. Pengalaman hari itu juga mengajar aku erti "makan bersama kawan, bukan makan kawan". Sesekali kalu ade duit lebih belanja ler kawan kawan makan. Murah rezki nanti. Mungkin anda dan rakan rakan makan di restoran mewah, mungkin rangkaian fast food, mungkin kedai makak, atau gerai kecil celah celah bangunan di hutan kotaraya ini. Yang penting nya ikhlas.
Sesekali tgk gambar lama lama macam ini (gambar ini tahun 97) teringat kawan kawan seperjuangan dulu. Sesekali terasa macam nak buat reunion lak. Dah buat reunion tentu ade makan makan sekali. Apa lagi start la call kawan kawan anda buat reunion, tentu banyak cerita yang hendak di ceritakan dan makanan untuk dimakan. Adios..
p/s tak perlu le aku cakap nama mamat tu. die low profile. hehehe
Pertama kali kenal bebas
Mesti korang ingat pertama kali duduk berjauhhan dengan family, tak kira lah walaupun rumah itu sebelah rumah jer. Masa aku duduk asrama dn berjauhhan dari pengawasan family dah rasa bebas giler. Tapi masih lagi bawah pengawasan warden. Kali ini bile sudah final year dan wajib mencari tempat tinggal sendiri. Pengertian bebas itu lebih terjawab dengan rumah yang kami sewa sendiri dan jauh dari pengawasan family dan tenaga pengajar.
Rumah dibawah ini ialah rumah yang kami sewa dengan harga rm350.00 kalau tak silap. Murah giler b*bi tahap babun. Tapi harga sewa di sungai petani tahun 1997 mmg begitu.
rumah ini ada 3 bilik. Dua bilik di tingkat satu dan master bedroom di tingkat 2. Ada 8 orang di 2 bilik bawah. Dan 6 orang di bilik master bedroom. So total 14 org semuanyer.. ramai giler..
kalau beli beras sebulan 50kg.. Masak sendiri beb, baru jimat.. then weekend kuar town tgk wayang.. hahah habis gak duit..
Gambor kat bawah ni pemandangan dari tingkat 2 balkoni di master bedroom. Background gunung Jerai. Nice view.. Lagi nice waktu sunset..
hidup di luar mmg bebas. Tapi aku bernasib baik di kelilingi kawan kawan yang baik akhlak. Janji tak hisap dadah dan tonggang arak dah cukup baik bagi aku. Aku bersyukur sangat sangat sebab aku tak hanyut dalam arus dunia nih.
Sekarang ni kat IKMSP dah taklah duduk luar kampus. Semua wajib duduk dalam sejak akhlak pelatih menjadi-2 teruknyer. Nasihat aku pada sesiape yang duduk jauh dari family terutamanyer student. " ingat matlamat. muda memang sekali, time ni la nak enjoy time ni la nak tuntut ilmu, so.. make it balance"
Wednesday, 1 April 2009
Maafkan saya
Tapi sebagai manusia yang tidak pernah kering dari melakukan kesilapan, saya mohon maaf sebab tidak meng'update' blog ini untuk beberapa minggu. Akses internet yang terhad dan kesibukan di pejabat telah menyebabkan segala planning dan update tergendala.
Blog ini kene update gak sebabnyer kalau korang masuk google dan taip "ikmsungaipetani" blog ini akan tersenarai sebagai top 10 search entry. So akan jadi kewajiban saya meng'update'nyer secara teratur.
Cuma mintak tolong kengkawan yang lain 4wardkan alamat blog ni, jika anda rasa artikal dalam blog ini menarik. Blog ni bukan hanya untuk ikm sungai petani sahaja, tapi utk semua yang menghargai persahabatan kawan dari zaman sekolah atau IPTA & IPTS.
InsyaALLAH saya akan datang dengan material terbaru.
Assalamualaikum
-Suhaimi Ibrahim-
Sunday, 8 March 2009
Besi Karat The Musical
-- semua orang suka dengar musik tapi tak perlu terpengaruh
dengan budaya asing yang di datangkan bersamanya--
Cerita kali ini berkenaan aktiviti gigs death metal dan metal metal yang seangkatan dengannya. Sebut death/black metal ni semua orang anggap benda yang negative. Cuba kenang kembali trend musik dunia ni. Hippies dikaitkan dengan free love (sex bebas tanpa batasan) free life, marijuana dan bermacam benda yang aku pun tak sanggup nak tulis. Punk, Kalu true Punk.. mane ada istilah kerja, undang-undang, mana ada rumah, so takyah lah ikut sangat.
Ikutkan semua musik terkandung benda benda negative budaya asing yang melalaikan. Soo.. Dengar musik boleh, jangan bawa budaya asing.
Gambar gambar kat bawah ni di ambil di Rock World Penang. Tempat ni selalu jadi venue untuk gig gig metal kat Penang ni.
Dulu senario metal kat sini agak best gak. Time turun Penang hari Ahad kalau ade gig nampak gelap jer. (Semua orang dok pakai hitam) Kalau tak kenal pun layan jer, macam member kancing, sebab dah minat sama so terus klik ajer.
Gambar di bawah ni kenangan bergambar dengan Dark-ie dan Batara Guru. Budak budak hitam tu ialah. dari kiri Goku, Superman jawa, Mat Bear, Kelongsong, Dark-ie, Batara dan yang dok cangkung kat depan tu Mizan. Miss the old metal days...
Siapa Dark-ie dan Batara Guru?? Hangpa cari sendiri bukak kitab. hahahah
Lanun lanun kat bawah ni dari band Silent Death. Gile khinzir punyer legend. Dengan fesyen rambut yang menjadi mimpi ngeri mak & pak mertua di seluruh negara. Hahahaha
Haa.. kat bawah ni gambar naik feri kat penang after gigs. Best gak naik feri. Tak tau ler ade lagi tak feri kat penang tu. Kalau ade try ler. Layan beb...
Ape yang aku nak kata disini ialah esok kalau anak anak kita dengar musik maybe kite tak dapat monitor lagu style ape yang depa dengaq. Apatah lagi memahami lirik lirik mereka. Tadi kalau betul ajaran agama dan kasih sayang yang cukup. InsyaAllah mereka jadi ok. Satu lagi pesanan pada budak budak muda yang nak berUNDERGROUND jangan terlalu mengagung agungkan sangat band band kat bawah tu. Depa orang biasa yang cume main musik suka suka, lepak kedai mamak, isap rokok murah bile takde duit. ... tapi sekarang ni ade lagi ker underground?? ker dah jadi INDEPENDENT.. ker underground dah mati??? tah lah .. otai otai tolong jawab kan.. Salam semua :)
Tuesday, 24 February 2009
JOM MAKAN RAMAI RAMAI DI BAGAN LALANG
Tarikh keramat 7 march 09
menu:
1. otak2
2. nasi putih / nasi lemak
3. ikan siakap masam manis
4. ikan cencaru bakar
5. sup ketam
6. sotong goreng tepung
7. udang butter
8. keilan ikan masin
9. kangkung belacan
10. sirap ais
11. buah tembikai
RM30-35 per person
perghhh terangkat beb!!!!
contact d' organizer @ punisher 012-6994 628 & 012-9411 230 iwan/benuq
lokasi kat bawah :)
http://www.hmsribagan.com/lokasi-sribagan.html
p/s harga dan menu yang di set kan disini telah mendapat diskaun dari harga menu mereka.. join jangan tak join!!!!
Monday, 16 February 2009
Selamatkan Palestin
menyebarkan kempen Selamatkan Palestin. Rasanya dalam blog ni tak perlu kami letak gambar
-gambar perang rasanya semua dah banyak tengok dalam berita dan internet.
Reason kami letak lagu Gimme Shelter nyanyian Rolling stones ini kerana liriknya amat bermakna dan di tujukan kepada peperangan dan bencana yang menimpa manusia sejagat.
---lirik---
Oh, a storm is threatning
My very life today
If I dont get some shelter
Oh yeah, Im gonna fade away
War, children, its just a shot away
Its just a shot away
War, children, its just a shot away
Its just a shot away
Ooh, see the fire is sweepin
Our very street today
Burns like a red coal carpet
Mad bull lost its way
War, children, its just a shot away
Its just a shot away
War, children, its just a shot away
Its just a shot away
Rape, murder!
It's just a shot away
Its just a shot away
Rape, murder!
It's just a shot away
Its just a shot away
Rape, murder!
It's just a shot away
Its just a shot away
The floods is threatning
My very life today
Gimme, gimme shelter
Or Im gonna fade away
War, children, its just a shot away
Its just a shot away. Its just a shot away
Its just a shot away, Its just a shot away
I tell you love..., sister..., its just a kiss away
Its just a kiss away, Its just a kiss away
Its just a kiss away, Its just a kiss away
Kiss away, kiss away
Terdapat banyak cara kita boleh bantu Rakyat palestine. Cume search kat yahoo or google dan
banyak website dan event untuk bantu mereka.
Blog kami cume untuk memperingatkan anda dan kami sahaja. Ada juga yang tanya Rolling
Stones ni orang Amerika.. depa yahudi ka? hmm Mc Donald pun hangpa dokk beli.. Cakap
banyak takyah.. Pi ringankan sikit poket tu..
p/s kalu tarak sen buat sembahyang hajat lepas solat jumaat. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
Jabatan Pertahanan Awam
JPA3. Jabatan Pertahanan Awam. Angka 3 ialah untuk membezakan dari Jabatan Pengangkutan Awan dan Jabtan Perhubungan Awam. (maaf kalau silap fakta). Kor JPA 3 IKMSP mempunyai ahli yang agak ramai. Antara faktor pendorong jumlah ahli ialah pelajar senior yang mem'promote'kan pendaftaran junior baru.
Di sini juga terdapat beberapa kor pakaian seragam seperti, Wataniah (tentera), Bomba, Pengakap, PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah @ Persatuan Balik Setiap Minggu) sebab time kawad ahli kurang. hehehe. Bagi mereka yang pernah menyertai pakaian seragam di zaman persekolahan dulu, JPA 3 adalah sesuatu yang agak baru. Secara tidak langsung menjadi faktor penambahan ahli. Pelajar yang gagal memenuhi kelayakan wataniah kebiasaanya sign up unutk JPA3 kerana ianya agak mencabar , adventure la katakan
Basicly JPA3 banyak buat resque work.. so most of training melibatkan teknik rescue and evac. (evacuation). Gambar di bawah menunjukkan teknik teknik kami.
1. cari seorang kawan untuk baring di atas strecher. Selimutkan dan ikat dengan kemas, supaya
mangsa tidak jatuh ketika mengusung strecher. Cucuk dan usik mangsa untuk memastikan mangsa masih sedar. Mangsa mungkin akan memaki anda, tapi tak apa. Itu normal mangsa dalam keadaan truma dan takut memang begini.
2. Untuk menguji ikatan bangunkan strecher dan bergambar bersama untukk bukti anda telah menjalankan tugas anda. Lihat ikatan yang kemas tidak menyebabkan mangsa tergelungsor ke bawah.
3. Untuk menguji ikatan dengan lebih berkesan. Bawa mangsa ke kolam ikan atau ape ape kolam yang berairdan terbalikkan mangsa, muka menghadap kebawah. Henjut secukup rasa. Jika mangsa berteriak ini menunjukkan darah telah kembali ke kepala dan everthing is ok.
Ya.. kami mmg gila.. hahahha. ok cukup cukup..
Gambar kat bawah ini masa pekhemahhan JPA3 bahagian Utara, berbagai IKM join sekali.
Best giler.. JPA3 Rulessss.. Ehem.. Wataniah jangan jeles.... heheheheeh
p/s tak pasal aku kene tembak ni kang hehehe...