AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Tuesday 24 February 2009

JOM MAKAN RAMAI RAMAI DI BAGAN LALANG

marilah geng IKMSP, (tak kisah bash @ kursus mane pun) mari menjamu selera di Restoren Terapung H.M Sri Bagan. Ajak lah sedara mara anda .. Ajak jangan tak ajak.

Tarikh keramat 7 march 09

menu:
1. otak2
2. nasi putih / nasi lemak
3. ikan siakap masam manis
4. ikan cencaru bakar
5. sup ketam
6. sotong goreng tepung
7. udang butter
8. keilan ikan masin
9. kangkung belacan
10. sirap ais
11. buah tembikai


RM30-35 per person

perghhh terangkat beb!!!!

contact d' organizer @ punisher 012-6994 628 & 012-9411 230 iwan/benuq

lokasi kat bawah :)

http://www.hmsribagan.com/lokasi-sribagan.html

p/s harga dan menu yang di set kan disini telah mendapat diskaun dari harga menu mereka.. join jangan tak join!!!!

Monday 16 February 2009

Selamatkan Palestin

Sebagai Umat Islam dan Rakyat Malaysia kami rasa telah menjadi tanggungjawab kami untuk
menyebarkan kempen Selamatkan Palestin. Rasanya dalam blog ni tak perlu kami letak gambar
-gambar perang rasanya semua dah banyak tengok dalam berita dan internet.

Reason kami letak lagu Gimme Shelter nyanyian Rolling stones ini kerana liriknya amat bermakna dan di tujukan kepada peperangan dan bencana yang menimpa manusia sejagat.





---lirik---

Oh, a storm is threatning
My very life today
If I dont get some shelter
Oh yeah, Im gonna fade away

War, children, its just a shot away
Its just a shot away
War, children, its just a shot away
Its just a shot away

Ooh, see the fire is sweepin
Our very street today
Burns like a red coal carpet
Mad bull lost its way

War, children, its just a shot away
Its just a shot away
War, children, its just a shot away
Its just a shot away

Rape, murder!
It's just a shot away
Its just a shot away

Rape, murder!
It's just a shot away
Its just a shot away

Rape, murder!
It's just a shot away
Its just a shot away

The floods is threatning
My very life today
Gimme, gimme shelter
Or Im gonna fade away

War, children, its just a shot away
Its just a shot away. Its just a shot away
Its just a shot away, Its just a shot away

I tell you love..., sister..., its just a kiss away
Its just a kiss away, Its just a kiss away
Its just a kiss away, Its just a kiss away
Kiss away, kiss away




Terdapat banyak cara kita boleh bantu Rakyat palestine. Cume search kat yahoo or google dan
banyak website dan event untuk bantu mereka.

Blog kami cume untuk memperingatkan anda dan kami sahaja. Ada juga yang tanya Rolling
Stones ni orang Amerika.. depa yahudi ka? hmm Mc Donald pun hangpa dokk beli.. Cakap
banyak takyah.. Pi ringankan sikit poket tu..

p/s kalu tarak sen buat sembahyang hajat lepas solat jumaat. InsyaAllah.

Assalamualaikum.

Jabatan Pertahanan Awam

jpa 06


JPA3. Jabatan Pertahanan Awam. Angka 3 ialah untuk membezakan dari Jabatan Pengangkutan Awan dan Jabtan Perhubungan Awam. (maaf kalau silap fakta). Kor JPA 3 IKMSP mempunyai ahli yang agak ramai. Antara faktor pendorong jumlah ahli ialah pelajar senior yang mem'promote'kan pendaftaran junior baru.


Di sini juga terdapat beberapa kor pakaian seragam seperti, Wataniah (tentera), Bomba, Pengakap, PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah @ Persatuan Balik Setiap Minggu) sebab time kawad ahli kurang. hehehe. Bagi mereka yang pernah menyertai pakaian seragam di zaman persekolahan dulu, JPA 3 adalah sesuatu yang agak baru. Secara tidak langsung menjadi faktor penambahan ahli. Pelajar yang gagal memenuhi kelayakan wataniah kebiasaanya sign up unutk JPA3 kerana ianya agak mencabar , adventure la katakan



Basicly JPA3 banyak buat resque work.. so most of training melibatkan teknik rescue and evac. (evacuation). Gambar di bawah menunjukkan teknik teknik kami.



1. cari seorang kawan untuk baring di atas strecher. Selimutkan dan ikat dengan kemas, supaya

mangsa tidak jatuh ketika mengusung strecher. Cucuk dan usik mangsa untuk memastikan mangsa masih sedar. Mangsa mungkin akan memaki anda, tapi tak apa. Itu normal mangsa dalam keadaan truma dan takut memang begini.


jpa 02




2. Untuk menguji ikatan bangunkan strecher dan bergambar bersama untukk bukti anda telah menjalankan tugas anda. Lihat ikatan yang kemas tidak menyebabkan mangsa tergelungsor ke bawah.


jpa 01



3. Untuk menguji ikatan dengan lebih berkesan. Bawa mangsa ke kolam ikan atau ape ape kolam yang berairdan terbalikkan mangsa, muka menghadap kebawah. Henjut secukup rasa. Jika mangsa berteriak ini menunjukkan darah telah kembali ke kepala dan everthing is ok.




jpa 03
Ya.. kami mmg gila.. hahahha. ok cukup cukup..



Gambar kat bawah ini masa pekhemahhan JPA3 bahagian Utara, berbagai IKM join sekali.
Best giler.. JPA3 Rulessss.. Ehem.. Wataniah jangan jeles.... heheheheeh

p/s tak pasal aku kene tembak ni kang hehehe...





jpa 04


jpa 06

Friday 13 February 2009

Mural oleh kami

sem 3 mural


Gambar ini di ambil semasa kami di final year. Berlatar belakangkan mural 4 warna yang melambangkan kursus kami. Simple, terlalu simple kata pelajar-pelajar lain. Sekali pandang ianya tidak layak dibanggakan. "Beauty is in the eye of the beholder" = kecantikan itu terletak pada mata si pemandangnya. Bagi kami berlima ianya cantik.

Kali terakhir kami lihat mural itu ia tergantung di dinding dewan utama kampus. Sekurang kurangnya kami tahu kami meninggalkan hasil kerja yang akan menjadi tatapan umum. Bangga juga melukis mural yang hanya mengambil masa hanya satu hari untuk disiapkan. Kami tidak tahu adakah mural itu masih tergantung di dinding dewan, mungkin sudah di buang. Kalau sudah dibuang maka gambar ini adalah satu bukti bahawa kami melukisnya.

Tetapi kami tak pernah menyatakan kami berlima melukis mural itu, tapi hasil tangan pelajar LSB. Buat apa bangga berlima ajer, biar bangga ramai-ramai. Banyak benda yang nak diceritakan disini. Oleh kerana perjalanan masih jauh, tulis sikit sikit sajalah nanti ade jodoh dan rezki kita sambung lagi.

Assalamualaikum.

Tuesday 10 February 2009

Last Bus Home

sem 2 night 03


Dah 13 tahun gambar ini diambil. So.. jangan
tanyalah gambar ni bulan berapa. Yang masih jelas
dalam kepala otak aku ialah tambang RM0.70 dari
town Sungai Petani ke Taman Ria atau IKM. Oleh
sebab bilangan pelatih yang mempunyai motosikal
boleh dikira, pengangkutan awam menjadi pilihan
utama.1st choice lah kata orang mexico.


Dah bertahun aku tak naik bas. Mungkin kebebasan
bergerak atau bermusafir dengan kenderaan
sendiri membuatkan kita meninggalkan benda alah
empat segi yang besar ni. Gambar ini membuktikan
pelatih IKMSP suka naik bas malam yang last sekali
pastu duduk belakang ramai ramai.


-----------PANTUN 4 KERAT------------------------

Tunggu bas depan di tepi jalan,
Jalan Badlishah tempat menunggu,
Siapa cakap naik bas bosan,
Naik ramai-ramai dimalam minggu.

Eyahhh jawab cik Kiah jawab..
.. ASSALAMUALAIKUM...

Monday 9 February 2009

Keluar malam malam

sem 2 night 01

Masa zaman gua sekolah dulu ada jugak keluar malam dengan kawan-kawan. Kalu dah duduk bandar besar mestilah turun town time malam minggu. Tapi di IKM keluar malam bersama rakan rakan lebih soronok. Gua pun tak boleh nak explain kenapa. Best giler la rasanya. Mungkin sebab kami dah dewasa. 18 tahun ke atas. 18SG hahahaha.

Memasuki satu darjah umur yang berbeza memang agak mengkhayalkan. Tiada lagi perasaan takut dan serba salah. Mungkin rasa bebas membuat keputusan membuatkan kita lebih berani mengambil risiko. Sampai kadangkala kita lupa kita ni diamanahkan oleh MARA untuk belajar. Bukan mengabihkan beras negara saje. Mesej ini ditujukan pada diri gua jugak.

Bercakap pasal keluar malam, ibu bapak mane yang suka anaknya keluar malam. Eh patut suka la anak kuar malam. Kasi line clear sikit. hahahaha. Oleh di sebabkan keruntuhan moral dan akhlak muda mudi sekarang sudah mencapai tahap catastropic ibu bapa memang ada beribu sebab untuk menbangkang anak-anak keluar malam.

Kawan, gua bersyukur mempunyai kawan-kawan dan senior-senior yang baik di IKM ni. Mereka bukan malaikat atau rakan kelab masjid, tapi bagi gua mereka sudah cukup ok. Janji tak hisap dada.. emmm dadah, alkohol dan sex sebas sudah. Gua rasa salah satu cara memantau anak muda ialah memantau rakan rakan mereka. Pengaruh rakan sebaya cukup kuat. Pasal rakan sebaya la gua pegi karaoke. Ciss.. Tapi...... kalau duduk jauh dari ibu dan bapak macam mana pulak? Hanya 5 waktu saja yang dapat menyelamatkan meraka dan keluarga mereka dari api NURAKA.. . Hmm lebih lebih lak ceramah gua ni.. Choiusssssss baby..




sem 2 night 02

Thursday 5 February 2009

Asramaku Rumahku, senior year

Photobucket

No, Bilik: Dorm b1


Penghuni: dari kiri, Hatta, Piah, Mai, Nazir, Mie, Khairul, Syam, Azhar,


Hatta LKA, Iwan, Jamal.


Kursus: Kejuruteraan Kapal Selam @ Lukisan Senibina


Motto: Jangan menggangu naga yang sedang tidur, (dorm ni panas suhunya di waktu malam)





Dorm ini adalah dorm tunggal pelatih Seni Bina IKMSP. Majoriti pelajar

telah tinggal di luar asrama kampus, menyewa sendiri. Untuk lebih kebebasan mengatur masa. Keadaan asrama yang terhad telah menggalakkan senior menyewa dan senior tahun akhir diwajibkan menyewa luar kampus.

Untuk beberapa bulan pertama penghuni dorm B1 agak bebas, boleh balik lewat, kuar lewat, isap rokok, maklumlah dah senior. Freedom jer rasanya.
Senior ada previlage keluar malam ikut ' lubang belakang' ... lubang kat pagar belakang, bukan 'lubang bon**t' !! "Kami tak main belakang tau! Nabi tak ngaku umat bro!!"

'Lubang belakang' ialah lubang di pagar jaring besi yang di tebuk senior
untuk akses lewat malam untuk bekalan rokok, makanan dan Seroja Dangdut. Banyak cerita berkenaan pintu pagar belakang ni, nanti kami ceritakan.

p/s.. nanti nasihat kat anak-anak & adik adik korang jangan tebuk pagor asrama.. dosa..


Tidak semua benda kekal, begitu juga dengan kegembiraan kami. Warden yang kami sanjung
dan hormati Pak Hamid telah bepindah ke luar kampus untuk rumah yang lebih besar agaknya.
Kehilangan beliau telah digantikan oleh 2 warden yang dah kawin perasan bujang. Mr M dan Mr S. Sejak masuk 2 org tu... terus tak best duduk asrama. Banyak benda yang berlaku antara
kami dan dua insan itu, tetapi biarlah sudah. Tak nak tanggung dosa ungkit benda lama. Namun
ada cerita berkaitan mereka boleh dijadikan teladan atau sempadan.
Good bye and Good rindance.


Photobucket



Untuk beberapa bulan keakraban diantara kami penghuni Dorm B1 semakin akrab. Buka puasa
sama-sama. Semua pelatih buka di dewan. Kami buka di dorm dengan 11 orang ... 11 orang itulah
ubat rindu pada family. Kalau dah buka puasa sama-sama, tuang puasa pun sama-sama jugak.
Masa tu zaman jahiliah, sesekali terkenang gelak gak.



p/s.. mummy (Mariani Ahmad) terima kasih masakkan lauk bukak posa untuk kami se-dorm.



Blok Akademik/Studio cuma 200 meter dari blok asrama, tapi kenapa kami masih lewat sedangkan kami duduk dekat? Hampir setiap hari lewat.
Kenapa?
Apa kejadahnya semua ini?
Di manakah logiknya? ? ? ? ?
Sebab jarak terlalu dekat kenapa mandi awal? Betul tak? Takkan pagi-pagi dah terpacak kat
studio. Ya Allah jahilnyer kami....

p/s.. nanti nasihat kat anak-anak & adik adik korang jangan datang kelas lewat.. susahkan orang jer....



Photobucket


Dorm kami juga tempat lepak kawan-kawan time lunch. Kalau mereka tak balik rumah sewa masa itu. Kengkadang tumpang makan free kat asrama.

"Makan Bersama Kawan, Bukan Makan Kawan."
Walaupun kami ini 'nakal' tapi kami bukan pengotor, sesekali kami sapu sampah dan bersihkan dorm. Cadar dilipat bersih, cawan dan pinggan tersusun di atas meja di pintu masuk.



Pernah pada satu masa, era 2 orang warden tu kenakan undang-2 baru. Semua bantal, sudu, pinggan, cawan wajib di simpan dalam locker. Giler ape? locker kecil aje. Nak dijadikan cerita cawan-2 kami kena rampas. Kering betul hati 2 orang warden itu. Soo.. kami lunch di dewan makan pakai baldi untuk digantikan cawan. Kering lagi hati kami. Hahahaha

Sunday 1 February 2009

Senior Tapi Ceria

Semester 2 (sem 2 dah kira senior tau) bermula dengan perpindahan StudioB ke tingkat bawah dan Studio A di tingkat yang sama tetapi berlainan bilik. Studio A ditempatkan bersebelahan bilik Pengajar. Dan ini menyebabkan pelatih Studio A sering senyap kerana 'malaikat' lalu. Oleh kerana Studio B di tingkat bawah dan jauh dari permerhatian mata-2 menyebabkan pelatihnyer sering tersampuk setan. Kadangkala pelatih Studio A turun ke bawah di studio B untuk subjek pada jadual waktu yang sama. Ini telah menyebabkan 'level' keceriaan meningkat berganda-ganda. Formula ini terbukti bila. S3T4N + SETAN = DeviL.


Tak le kami sejahat itu. In a nut shell (kesimpulannya) Studio B agak ceria pada waktu-waktu tertentu. Ini dapat diterangkan dengan di bawah gambar ini. Ceria kan?


sem 2 class 2



Gambar ini menunjukkan betapa gembira walaupun kurusnya kami. Kekurangan makanan atau (dengan lebih tepat) kekurangan wang untuk membeli makanan,telah menyebabkan sebahagian dari kami terpaksa membeli rokok. Rokok murah masa tu, tul tak geng??


Bagaimana keadaan kami sekarang? Lihat gambar tadi dan tambahkan 5-10kg dan hasilnya mantap, padat dan berisi. Sebahagian dari kami kelihatan mengandung walaupun kami lelaki.


Waktu kuliah biasanya bermula dari 8.00 pagi. Pada 10.30 pagi berhenti minum pagi. Sarapan kegemaran, Nasi lemak ikan masin RM 0.50 dan teh O'RM 0.50. Kat mana boleh dapat breakfast RM 1.00!?. Itu tahun 1997, sekarang tak tahu macam mana. Zaman dah berubah harga pun mesti berubah. Pukul 11.00 pagi masuk sampai pukul 1.00 untuk lunch dan solat zohor.Kelas sambung pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Di dewan makan asrama ada minum petang. Tapi jarang kami dapat minum petang. Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar LUKISAN SENIBINA atau *TEKNOLOGI LUKISAN SENIBINA (*nama baru) balik agak lewat unutk menyiapkan kerja drafting yang memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Pendek kata"Balik awal kadang-kadang, Balik lewat dah biasa"




---------------------------5 MINUTE BRAKE--------------------------------------------------------------LINE CLEAR?----------- CANTIK KITA SAMBUNG----------------







sem 2 class 01



Lelaki berusia yang bergambar di antara kami ialah En. Hashim.(lihat gambar di atas) Pengajar subjek Building Services. Besar jasanya pada kami. Dengan beliau kami belajar banyak ilmu berguna. Antara yangmenyebabkan kelas beliau tidak membosankan kerana dia sering membuatkan kami ketawa. Beliau juga sering menyebelahi kaum adam bila ada debat antara adam dan hawa.


Mengabadikan gambar En. Hashim di sini tidak bermakna kami tidak menghargai jasa tenaga pengajar yang lain. Banyak lagi tenaga pengajar yang kami ingin berterima kasih seperti En. Bahrin, En. Tojiman, Pn.Kalsom dan lain-lain lagi. Jikalau dibukukan ucapan terima kasih kami pada tenaga pengajar IKMSP ini nescaya buku penduan telefon pun tidak dapat menampungnya.