AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Tuesday 9 February 2010

2003 home coming.. Sayak Island

Pulau Sayak Tour 2003. Adalah kemuncak bagi segala perancangan
yang kami rancang selama setahun. Berbelas meeting and paper work
kami buat untuk percutian kumpulan/gathering bersejarah ini. Walaupun
hanya beberape orang saja yang dapat pergi berbanding perancangan
awal seramai 20-30 orang, we still have some fun.



*posing depan chalet Pulau Sayak

Pada ketika ini kami semua bujang dan dara.. so memang fun.
Time sampai awal pagi. Bertolak malam dari kuala lumpur dan tido dalam
kereta di R&R dan sambung lepas subuh.. sori guys kalau salah fakta..
long time ago lah..
















 *Kami suka pantai

Sampai sampai tido dulu bagi hilang penat. Pastu mandi laut. mandi sampai
sun burn. kah kah kah. Sebelah chalet tu ade kedai jual mee udang atau udang
masak mee. selak mee nampak udang. Udang lagi banyak dari mee. Giler.
Meleleh makan mee udang yang besor besor tu. Puas hati makan. Atas bukit
pulak ade gerai jual cendol pulut. 70sen semangkuk. Pergh.. Syurga makan.





































 *Acara koyak hamper

Malam terakhir buat BBQ. Aku masih ingat lagi sampai terbakar meja chalet
tu kami kerjakan.. last sekali Brader chalet tu jugak yang tolong start up bara api.
Maklumlah budak bandor aper le yg kami tau mase tu. Bakor sate tak tau, makan tau.
Puas makan malam tu kebetulan pulak makan snek dari hamper yang kami beli,
bungkus, dan makan sendiri. heheh kelakar la pulak.


final night. BBQ event



balun mee udang dulu

















Pagi berikutnyer mandi laut dulu.. kene mee udang.. then we are off the IKMSP.
Jumpe balik lecturer lama. dan pi lawat budak budak baru ikm. Tangkap gambor
sikit sikit.. then balik KL.. Penat Puas Gembira.. esok tu aku m.c hahaha


TQ my lecturer



The OLD BOYS of 96


Home Coming Revival (konvo)

Konvokesyen... Benda yang Everybody looking 4ward to. Nak jumpe kawan kawan yang
dah berbulan tak jumper. kenkadang bende ni jadi Konvo - eksyen.. nak berlagak
ngan rupe baru dan rambut baru..Nak challange rambut siape paling panjang.. hahaha.



Perkara perkara konvo ni semua orang suka. Cume bab nak membayor deposit konvo and duit photo jer yang tak best.. Event event dalam foto kali ini berlaku beberape hari sebelum konvo. Semangat giler datang konvo. Bile orang tanyer kenapa datang beberape hari awal.. Nak join raptai konon.. cewahh..




Aku suka SP ni.. Aku tak perlu dress up nak impress orang..
Orang kat sini tak peduli fesyen.
Pakai jer apa hang nak pakai. Jangan bogel dah.
Di sini juga tak perlu bawak duit banyak-banyak.
Sarapan pagi RM1.00 @ 1.50 dah cukup kenyang.
Makan lunch bawah RM 4 sekali air minum
pun dah kira puas hati. Kalu bawak Rm 10 tu boleh belanja kawan lah..
kalu nasib baik 3 orang sekali..
Sekarang ni jer aku tak tahu harga makanan kat sane sekarang.



Konvokesyen zaman aku ni simple. Baju putih lengan panjang. Rambut. ehem ehem.. kemas, Seluar hitam atau biru Gelap. Pakai tali leher. Songkok optional...
hahahah (kalu nak sorok rambut panjang boleh pakai songkok) And finally
kasut hitam, kanvas atau kulit.. tiade paksaan.
Secara amnya cume kene spend duit kat photo jer yang lebih sikit.




Kerana Konvo ni aku lepak 4 @ 5 hari kat SP. Sedih tul biler nak balik..
Sedih biler nak padamkan memori revival 1 1/2 paling best dalam hidup aku..
kita tak boleh ikut kawan selama lamanya. Apatah lagi lepak together sampai
biler biler.. tapi makasih untuk setahun setengah itu..

p/s.. soory guys lama aku tak update blog ni.. "peace in time of war"