AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Wednesday 29 April 2009

sejenak di masa kini

Antara gambar terkini aktiviti makan bebudak ikm. Makan di bagan lalang. Tak ramai yang join. Tapi tak per yang penting friend line tak putus.

Semua dah kembang kembang. Dah jadi bapak la katakan. Cuma belum jadi datuk jer.
anyway kami harap sampai datuk pun friend-line kami tak putus

Photobucket

Mai dan tunang nyer. Bulan 12 2009 insyaAllah. Kurang member bujang. Takpelah kawin. kami pun semua dah lebih suku abad dah. hehehehe Jangan jadi homo dah ler.

Photobucket

Sebelah Mai tu Nazir.. Damn rare giler.. hehehe. Banyak atur cara kami setupkan dia tak dapat hadir. Tetiba rezki dia ada. Panjang umur lu bro..

Photobucket

Organizer 'iwan' baju hitam. Keep organizing bro .. Thanks...
Photobucket

From boys to men.. dari kiri.

hasrol, iwan, eres, hatta, mai, nazir. Kudos to you all.

Photobucket

rock and rollar.. metal haller.

Saturday 4 April 2009

Makan ramai ramai

Mesti semua ingat keadaaan kewangan masa zaman persekolahan dulu. Bagi mereka yang bukan dari golongan berada. Membeli belah sudah tentu bukan hobi bagi anda. Apatah lagi makan luar tanpa perasaan bersalah menghabiskan duit mak bapak.

helmi treat 01

Aku berani jamin time student dulu kalau ada makan free ajer pantang, penuh jer dewan. Time kuliah hmmm.. haram.... Di IKMSP hari jumaat adalah cuti. Masa di asrama dulu kalau hari jumaat bangun lewat. Terlepas makan paling penting. Sarapan. Hari jumaat dewan makan asrama mula makan lepas solat jumaat. Jadi memang lapor tahap kronik ler. Sampai masjid jer mata meliar cari pisang. Sekajap jer bersih. Kat masjid kalu ade kuih atau air teh yang semalam punyer pun sapu. Kira nyer kalau ada makanan tak abih panggil budak IKMSP jer lah. Settle.!!

helmi treat  02

Gambar dalam posting kali ini kisah salah seorang member sekelas belanja makan. Mesti ingat yang tukang belanja ni banyak duit. Tapi duitnyer semua datang dari titik peluh sendiri. Dikala member tidur terbongkang tak ingat waktu maghrib tika balik kuliah. Mamat ni dah bergegas ke tempat kerja part time. Jadi juruwang di pasaraya ocean. Tika kami gelak gelak hisap rokok lepas makan malam, dia masih lagi berkerja. Tapi mamat ni bagus, dia tak berkira sangat. Itu lah sebabnya die ambil keputusan belanja makan kami sekelas.

helmi treat  03

Tanpa berfikir panjang abis kuliah jer terus salin baju turun town Sungai Petani. Kebetulan esok cuti. Hmm balik lewat malam ler jawabnyer. Kena lak time belanja hujung hujung bulan. Rezeki bro!!.. Pengalaman hari itu juga mengajar aku erti "makan bersama kawan, bukan makan kawan". Sesekali kalu ade duit lebih belanja ler kawan kawan makan. Murah rezki nanti. Mungkin anda dan rakan rakan makan di restoran mewah, mungkin rangkaian fast food, mungkin kedai makak, atau gerai kecil celah celah bangunan di hutan kotaraya ini. Yang penting nya ikhlas.

helmi treat  04

Sesekali tgk gambar lama lama macam ini (gambar ini tahun 97) teringat kawan kawan seperjuangan dulu. Sesekali terasa macam nak buat reunion lak. Dah buat reunion tentu ade makan makan sekali. Apa lagi start la call kawan kawan anda buat reunion, tentu banyak cerita yang hendak di ceritakan dan makanan untuk dimakan. Adios..

p/s tak perlu le aku cakap nama mamat tu. die low profile. hehehe

Pertama kali kenal bebas

Semua remaja ingin bebas. Sifat memberontak dan darah panas orang muda selalu menyebabkan mereka ingin keluar rumah walaupun rumah mereka pasang aircond 24 jam.

Mesti korang ingat pertama kali duduk berjauhhan dengan family, tak kira lah walaupun rumah itu sebelah rumah jer. Masa aku duduk asrama dn berjauhhan dari pengawasan family dah rasa bebas giler. Tapi masih lagi bawah pengawasan warden. Kali ini bile sudah final year dan wajib mencari tempat tinggal sendiri. Pengertian bebas itu lebih terjawab dengan rumah yang kami sewa sendiri dan jauh dari pengawasan family dan tenaga pengajar.

Rumah dibawah ini ialah rumah yang kami sewa dengan harga rm350.00 kalau tak silap. Murah giler b*bi tahap babun. Tapi harga sewa di sungai petani tahun 1997 mmg begitu.

sem 3 home 1


rumah ini ada 3 bilik. Dua bilik di tingkat satu dan master bedroom di tingkat 2. Ada 8 orang di 2 bilik bawah. Dan 6 orang di bilik master bedroom. So total 14 org semuanyer.. ramai giler..
kalau beli beras sebulan 50kg.. Masak sendiri beb, baru jimat.. then weekend kuar town tgk wayang.. hahah habis gak duit..

Gambor kat bawah ni pemandangan dari tingkat 2 balkoni di master bedroom. Background gunung Jerai. Nice view.. Lagi nice waktu sunset..



sem 3 home 2


hidup di luar mmg bebas. Tapi aku bernasib baik di kelilingi kawan kawan yang baik akhlak. Janji tak hisap dadah dan tonggang arak dah cukup baik bagi aku. Aku bersyukur sangat sangat sebab aku tak hanyut dalam arus dunia nih.

Sekarang ni kat IKMSP dah taklah duduk luar kampus. Semua wajib duduk dalam sejak akhlak pelatih menjadi-2 teruknyer. Nasihat aku pada sesiape yang duduk jauh dari family terutamanyer student. " ingat matlamat. muda memang sekali, time ni la nak enjoy time ni la nak tuntut ilmu, so.. make it balance"

Wednesday 1 April 2009

Maafkan saya

"Sepatutnya ko tak perlu minta maaf pada pembaca blog. Sebab die orang tak bayar lu pun untuk bikin blog ni"

Tapi sebagai manusia yang tidak pernah kering dari melakukan kesilapan, saya mohon maaf sebab tidak meng'update' blog ini untuk beberapa minggu. Akses internet yang terhad dan kesibukan di pejabat telah menyebabkan segala planning dan update tergendala.

Blog ini kene update gak sebabnyer kalau korang masuk google dan taip "ikmsungaipetani" blog ini akan tersenarai sebagai top 10 search entry. So akan jadi kewajiban saya meng'update'nyer secara teratur.

Cuma mintak tolong kengkawan yang lain 4wardkan alamat blog ni, jika anda rasa artikal dalam blog ini menarik. Blog ni bukan hanya untuk ikm sungai petani sahaja, tapi utk semua yang menghargai persahabatan kawan dari zaman sekolah atau IPTA & IPTS.

InsyaALLAH saya akan datang dengan material terbaru.

Assalamualaikum
-Suhaimi Ibrahim-