AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Monday 26 January 2009

Habis juga era junior

Photobucket




gambar ini di atas ini masa bulan terakhir nak abis sem 1. Muka masing masing happy. Bebas dari segala masalah dan belengu beban kerja. Assignment dah abih semua.

dari kiri atas.

jamal, hafizul, hatta, mie, mai, shahnor, shawal, hasrol,

kiri bawah:

mizie , mazrul, nazir


Gambar bawah gabungan dua studio A dan B. Ramai juga dalam 40 orang kalu tak silap.
Time ni baru abis kemas dan basuh studio. Where are u guys? Miss the good old times.


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Hati kami keras



Ini adalah sebahagian kecil mamat-mamat studio B yang kental lagi tak jiwang. Gambaq ni hambik masa nak lagi beberapa bulan nak abih era junior. Rambut masing-masing dah start panjang.

Inilah port tangga belakang tempat isap ciggaretassss... Tempat gosip hangat habaq hang. Sapa kata orang laki tak gosip.. Small small talk only. Keras keras hati depa ni. Kawin jugak. Bukan pa.. ikut sunnah Nabi. Tapi marka depa bukan budak IKM lar. Belajaq dulu kasi habih baru cinta.

pelajaran telah bermula

Photobucket


Gambar di atas ini adalah original line up of
IKMSP LSB Class of June 1996 Studio B junior year
Berdiri dari kiri belakang:
Syam, Ash, Liza, Roslina, Zalina, Hasnida, Kak Zah, Suzie, Azra,
Azraf,
Duduk dari kiri hadapan:
Hasrol, Mat Piah, Tarmizie, Azhar, Eres, Zarim, Affendi, Suhaimi, Mazrul


Gambar ni dah 10 tahun lebih soo.. sorilah quality tak sehebat digital.
Pada masa ini kelas kami di tingkat 3. Lokasi terbaik, belakang kelas
ada tempat isap rokok kat tangga. Itu semua sebelum larangan isap rokok
di Institusi Kerajaan. Kat tangga tu lah port junior isap rokok.
Sehingga kantol ngan En. Hashim, dan En Hashim kantol ngan kami di tandas
dekat tangga belakang. Hahahaha.


Mesti korang tanya apa kaitan "pelajaran telah bermula" dengan tangga
belakang port isap rokok. Haa.. Sebelum mula study kene kenal situasi
dan keadaan sekeliling dulu. Kenal pasti port-port strategi dan tempat
melarikan diri. Tapi sekarang pintu itu dah di kunci.


Setiap pelatih LUKISAN SENI BINA di berikan satu meja drafting dan
T square kayu, T square mestilah di pulangkan di tahun akhir tanpa cacat
cela, di mana syarat ini telah mengakibatkan segelintir pelatih telah
berjaya mencelakan T square dan membawa pulang benda alah kayu itu
sebagai souvenieir. Masa junior cemerlang, datang on time. Assignment
buat. Tapi kehangatan tahi ayam itu ada had nya. Ujung semester dah
kabur segala usaha apabila bunga bunga cinta mula mekar. Oleh kerana
bunga bunga di studio A dan B comel comel dan sihat belaka, maka
banyaklah kumbang veteren dan kumbang muda datang mencoba nasib.
Sebahagian kami yang masih keras(HARDCORE) tidak akan tunduk pada cinta
tapi cuma jeling pada bunga. Bunga banyak, kenapa nak rebut yang satu.
"Keeping our option open" YEEAAARRRGGHHHHH!!!!!!


Gambor kat bawah ni pulak dengan senior nama Jalut kalu tak silap.
Dia ni bukan LSB, EDI rasanya. tapi selalu lepak kelas kami. Dia kata
kelas kami best. Ker.... bunganyer yang best Hehehehehee


p/s sorilah kalau melalut, aku bukan pelulis novel terkenal :)








minggu orientasi a.k.a brainwash




lepas daftar kursus, esok masuk kuliah. Tidak... Petang lepas daftar
kite jogging dulu sampai penat. Malam kita kasi botak. HAHAHAHA.
90% dari pelatih yang masuk Institut Kemahiran Mara tak pernah botakkan
kepala mereka.


Bagi aku untuk botakkan kepala tak jadi masalah tapi ada yang tak boleh
terima. Bela rambut panjang panjang lepas SPM.. konon macho, masuk IKM.
Zaasss.. Mata 3. Ade yang kes main aci ligan ngan senior pasal taknak
potong rambut. Sape yang rambut panjang time tu menjadi santapan tukang
gunting amatur sama ada berbakat atau perosak. Benda pertama lepas aku
kena botak ialah tgk cermin kat bilik air. Pergh macam masuk pusat
serenti daa...



Seminggu kami kerja keras. Jumpe senior je bagi salam. dalam bilik air
pun nak bagi, takut punyer pasal. HAHAHAAH....
"Assalamualaikum Bang.. "Ape ko cakap!! Kumbang!! Cakap betul betul"
Dah dapat pahala ganda bagi salam dua kali. Setakat kene regging dan
denda dah sebati. Layan jer lah.. Kantul isap rokok ngan senior.. Tadah
aje lah. Bila ingat balik nak tergelak pun ade. Tidak dinafikan ade
senior yang overboard.



Cakap je denda ape. Helikopter. Pumping pakai boot askar. Speed cigaret
(habiskan sebatang rokok bawah satu minit). Menyalak atas locker. DLL..
Dan .... TABIK SPRING!!! kalau korang tak tahu korang bukan generasi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI laa...(ade masa aku cerita ape
itu tabik spring)



Bila dah abis minggu orientasi baru la boleh keluar town, tgk sungai
petani ni ada ape. Gambar kat bawah ni di ambil 1st time aku kuar town,
itu pun senior ajak. Jadi tour guide tak berbayar. Dia tunjukkan kami
BANK BSN, Masjid, Pejabat Pos dan tempat tempat bergunalah kat S.P ni.
Aku tak tak kenal semua dalam gambor ni. tapi sebab kami kene dera sama
- sama join jer.









Kenapa aku panggil minggu oreintasi ini brainwash?
1. Bila masuk ko kene botakkan kepala. Semua orang akan nampak sama,
tak kira lu anak datuk ke orang kaya ke, susah atau senang, tua @ muda,
tinggi @ rendah.
2. masa minggu keramat tu. tak leh keluar town. tak sempat basuh baju.
smbahyang takleh tinggal. sembahyang on time. berjemaah selalu. Soo bila
dah terasing dari family dan friend, kita akan jadikan mamat yang
dekat ngan kita time kene regging tu kawan tanpa mengira ape situasi.
Ini terbukti jika keluar town kita boleh tegur pelatih IKMSP walaupun
tak tau name die. Brotherhood!!!
3. Aku berani jamin... Sesiapa yang masuk IKM then sambung study kat
mana mana IPTA or IPTS takkan dapat pengalaman sebagaimana di IKM.
Best giler...


Kad matrix



















kad matrix, benda pertama yang aku dapat masa buat pendaftaran di hari kemasukan. Aku masih ingat lagi di meja pendaftaran. "awak ambil jurusanLSB kan?". LSB? ape benda tu. LUKISAN SENI BINA daaa..aku ingat LeSBian. Maklumlah masa tu zaman jahiliah.


Masa skolah dulu kalau pakai name tag pun payah,apatah lagi kad matrixlagi la degil. Bermacam peraturan, tak pakai tak leh masuk library,Keluar makan dan nak masuk balik kampus kene tunjuk kat pak guard.Walau aku pun tak gemar kad matrix, ironinya kad klasik ini masihtersisip rapi dalam album ganbar kenangan IKMSP.

Masa junior year pakai kad matrix ni macam pakai underware, wajip ade.Takut dan kalut betul, siap patah balik dorm la kalau tertinggal. Tapi bila dan senior, ehemmm pakai gak. tapi terbalik kan muka atau pakai dalam poket. Tanya sikit.. Kad aku ade lagi, kad korang ade?? ;)


p/s. gambor anak sape ni?? Lu pikir la sendiri.

Sunday 11 January 2009

Jun 1996. Ia bermula di sini

" dengan sukacita dimaklumkan anda telah terpilih untuk menjalani kursus LUKISAN SENIBINA bermula Jun 1996 sehingga Disember 1997 di INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI. Anda dikehendaki melaporka diri . . . . ."
Macam tak caya dapat masuk sambung belajar. Disebabkan aku bukan kategori pelajar cemerlang, SPM pun 2 jer.. Sebab tak tahu nak kemane. Masuk je la IKM , itupun orang suruh amik borang. Walaupun IKM hanya sijil pada masa itu . Aku tak menyesal. Dalam satu tahun setengah itu aku belajar erti, susah senang, lapor dan kebulur, bebas dan terlalu bebas, hahahaha ketawa kejap, merantau melihat negeri orang, campur gaul dengan bermacam jenis manusia dan ragam. Dan yang paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan diceritakan kisah dan teladan sekumpulan kami warga IKM sungai petani. Read on fellasss