AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Monday, 26 January 2009

minggu orientasi a.k.a brainwash




lepas daftar kursus, esok masuk kuliah. Tidak... Petang lepas daftar
kite jogging dulu sampai penat. Malam kita kasi botak. HAHAHAHA.
90% dari pelatih yang masuk Institut Kemahiran Mara tak pernah botakkan
kepala mereka.


Bagi aku untuk botakkan kepala tak jadi masalah tapi ada yang tak boleh
terima. Bela rambut panjang panjang lepas SPM.. konon macho, masuk IKM.
Zaasss.. Mata 3. Ade yang kes main aci ligan ngan senior pasal taknak
potong rambut. Sape yang rambut panjang time tu menjadi santapan tukang
gunting amatur sama ada berbakat atau perosak. Benda pertama lepas aku
kena botak ialah tgk cermin kat bilik air. Pergh macam masuk pusat
serenti daa...



Seminggu kami kerja keras. Jumpe senior je bagi salam. dalam bilik air
pun nak bagi, takut punyer pasal. HAHAHAAH....
"Assalamualaikum Bang.. "Ape ko cakap!! Kumbang!! Cakap betul betul"
Dah dapat pahala ganda bagi salam dua kali. Setakat kene regging dan
denda dah sebati. Layan jer lah.. Kantul isap rokok ngan senior.. Tadah
aje lah. Bila ingat balik nak tergelak pun ade. Tidak dinafikan ade
senior yang overboard.



Cakap je denda ape. Helikopter. Pumping pakai boot askar. Speed cigaret
(habiskan sebatang rokok bawah satu minit). Menyalak atas locker. DLL..
Dan .... TABIK SPRING!!! kalau korang tak tahu korang bukan generasi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI laa...(ade masa aku cerita ape
itu tabik spring)



Bila dah abis minggu orientasi baru la boleh keluar town, tgk sungai
petani ni ada ape. Gambar kat bawah ni di ambil 1st time aku kuar town,
itu pun senior ajak. Jadi tour guide tak berbayar. Dia tunjukkan kami
BANK BSN, Masjid, Pejabat Pos dan tempat tempat bergunalah kat S.P ni.
Aku tak tak kenal semua dalam gambor ni. tapi sebab kami kene dera sama
- sama join jer.









Kenapa aku panggil minggu oreintasi ini brainwash?
1. Bila masuk ko kene botakkan kepala. Semua orang akan nampak sama,
tak kira lu anak datuk ke orang kaya ke, susah atau senang, tua @ muda,
tinggi @ rendah.
2. masa minggu keramat tu. tak leh keluar town. tak sempat basuh baju.
smbahyang takleh tinggal. sembahyang on time. berjemaah selalu. Soo bila
dah terasing dari family dan friend, kita akan jadikan mamat yang
dekat ngan kita time kene regging tu kawan tanpa mengira ape situasi.
Ini terbukti jika keluar town kita boleh tegur pelatih IKMSP walaupun
tak tau name die. Brotherhood!!!
3. Aku berani jamin... Sesiapa yang masuk IKM then sambung study kat
mana mana IPTA or IPTS takkan dapat pengalaman sebagaimana di IKM.
Best giler...


No comments: