AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Monday, 16 February 2009

Jabatan Pertahanan Awam

jpa 06


JPA3. Jabatan Pertahanan Awam. Angka 3 ialah untuk membezakan dari Jabatan Pengangkutan Awan dan Jabtan Perhubungan Awam. (maaf kalau silap fakta). Kor JPA 3 IKMSP mempunyai ahli yang agak ramai. Antara faktor pendorong jumlah ahli ialah pelajar senior yang mem'promote'kan pendaftaran junior baru.


Di sini juga terdapat beberapa kor pakaian seragam seperti, Wataniah (tentera), Bomba, Pengakap, PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah @ Persatuan Balik Setiap Minggu) sebab time kawad ahli kurang. hehehe. Bagi mereka yang pernah menyertai pakaian seragam di zaman persekolahan dulu, JPA 3 adalah sesuatu yang agak baru. Secara tidak langsung menjadi faktor penambahan ahli. Pelajar yang gagal memenuhi kelayakan wataniah kebiasaanya sign up unutk JPA3 kerana ianya agak mencabar , adventure la katakan



Basicly JPA3 banyak buat resque work.. so most of training melibatkan teknik rescue and evac. (evacuation). Gambar di bawah menunjukkan teknik teknik kami.



1. cari seorang kawan untuk baring di atas strecher. Selimutkan dan ikat dengan kemas, supaya

mangsa tidak jatuh ketika mengusung strecher. Cucuk dan usik mangsa untuk memastikan mangsa masih sedar. Mangsa mungkin akan memaki anda, tapi tak apa. Itu normal mangsa dalam keadaan truma dan takut memang begini.


jpa 02




2. Untuk menguji ikatan bangunkan strecher dan bergambar bersama untukk bukti anda telah menjalankan tugas anda. Lihat ikatan yang kemas tidak menyebabkan mangsa tergelungsor ke bawah.


jpa 01



3. Untuk menguji ikatan dengan lebih berkesan. Bawa mangsa ke kolam ikan atau ape ape kolam yang berairdan terbalikkan mangsa, muka menghadap kebawah. Henjut secukup rasa. Jika mangsa berteriak ini menunjukkan darah telah kembali ke kepala dan everthing is ok.




jpa 03
Ya.. kami mmg gila.. hahahha. ok cukup cukup..



Gambar kat bawah ini masa pekhemahhan JPA3 bahagian Utara, berbagai IKM join sekali.
Best giler.. JPA3 Rulessss.. Ehem.. Wataniah jangan jeles.... heheheheeh

p/s tak pasal aku kene tembak ni kang hehehe...





jpa 04


jpa 06

No comments: