ads

Mural oleh kami

sem 3 mural


Gambar ini di ambil semasa kami di final year. Berlatar belakangkan mural 4 warna yang melambangkan kursus kami. Simple, terlalu simple kata pelajar-pelajar lain. Sekali pandang ianya tidak layak dibanggakan. "Beauty is in the eye of the beholder" = kecantikan itu terletak pada mata si pemandangnya. Bagi kami berlima ianya cantik.

Kali terakhir kami lihat mural itu ia tergantung di dinding dewan utama kampus. Sekurang kurangnya kami tahu kami meninggalkan hasil kerja yang akan menjadi tatapan umum. Bangga juga melukis mural yang hanya mengambil masa hanya satu hari untuk disiapkan. Kami tidak tahu adakah mural itu masih tergantung di dinding dewan, mungkin sudah di buang. Kalau sudah dibuang maka gambar ini adalah satu bukti bahawa kami melukisnya.

Tetapi kami tak pernah menyatakan kami berlima melukis mural itu, tapi hasil tangan pelajar LSB. Buat apa bangga berlima ajer, biar bangga ramai-ramai. Banyak benda yang nak diceritakan disini. Oleh kerana perjalanan masih jauh, tulis sikit sikit sajalah nanti ade jodoh dan rezki kita sambung lagi.

Assalamualaikum.

Comments

Cherita Popular

Pengalaman di sungai petani

Besi Karat The Musical

minggu orientasi a.k.a brainwash

Jabatan Pertahanan Awam

Kenangan Masa Lalu