AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Monday, 9 February 2009

Keluar malam malam

sem 2 night 01

Masa zaman gua sekolah dulu ada jugak keluar malam dengan kawan-kawan. Kalu dah duduk bandar besar mestilah turun town time malam minggu. Tapi di IKM keluar malam bersama rakan rakan lebih soronok. Gua pun tak boleh nak explain kenapa. Best giler la rasanya. Mungkin sebab kami dah dewasa. 18 tahun ke atas. 18SG hahahaha.

Memasuki satu darjah umur yang berbeza memang agak mengkhayalkan. Tiada lagi perasaan takut dan serba salah. Mungkin rasa bebas membuat keputusan membuatkan kita lebih berani mengambil risiko. Sampai kadangkala kita lupa kita ni diamanahkan oleh MARA untuk belajar. Bukan mengabihkan beras negara saje. Mesej ini ditujukan pada diri gua jugak.

Bercakap pasal keluar malam, ibu bapak mane yang suka anaknya keluar malam. Eh patut suka la anak kuar malam. Kasi line clear sikit. hahahaha. Oleh di sebabkan keruntuhan moral dan akhlak muda mudi sekarang sudah mencapai tahap catastropic ibu bapa memang ada beribu sebab untuk menbangkang anak-anak keluar malam.

Kawan, gua bersyukur mempunyai kawan-kawan dan senior-senior yang baik di IKM ni. Mereka bukan malaikat atau rakan kelab masjid, tapi bagi gua mereka sudah cukup ok. Janji tak hisap dada.. emmm dadah, alkohol dan sex sebas sudah. Gua rasa salah satu cara memantau anak muda ialah memantau rakan rakan mereka. Pengaruh rakan sebaya cukup kuat. Pasal rakan sebaya la gua pegi karaoke. Ciss.. Tapi...... kalau duduk jauh dari ibu dan bapak macam mana pulak? Hanya 5 waktu saja yang dapat menyelamatkan meraka dan keluarga mereka dari api NURAKA.. . Hmm lebih lebih lak ceramah gua ni.. Choiusssssss baby..




sem 2 night 02

2 comments:

singingrock said...

sekarang sukun dah bole muat ngam2 t-shirt yang dia pakai tu bhahaha

mael78muar said...

dah tembam mesti muat, hahahah