AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Tuesday 6 October 2009

Buka Puasa Bagan Lalang 2009 - kenyang -

- burrpp- Alhamdulliah kenyang. Sessi buka puasa tahun 2009 kali ini dapat dilicinkan.... dijayakan dengan berjayanya. Walaupun tak ramai yang join macam kelab satria neo yg makan kat meja belakang kami.
Perjalanan bermula dengan konvoi tak rasmi dari masjid sepang/klia (nama masjid saya tak ingat.. ..) . Dengan mengekori kereta Hatta concord n Azra kami di bawa melalui jalan jalan kampung yang tenang dan nyaman dengan udara kampung. Sekilo dua meter dari destinasi, bau laut tu dah aku kenal. Maklumlah orang muor la katakan. Cun beb, macam driving into the sun set. 


Restoren ni terletak di pinggir pantai, kira separuh on water separuh on land lah.. apa..tsunami.. oh tak terjadi masa tu kami dah kaji laporan jabatan kajian gempa ma'sia. Sampai pun kira 10min lagi nak buka. Terus duduk kat meja yang di tempah.
Tak lami lagi di kawasan ni akan jadi Sepang Goldcost. Tempat perlancongan la katakan.

* view to the sea. Rasa cam nak buat rumah jer kat sini . Tempat untuk bersara.
The guest list is:-
1. hatta + azra + daughter + friend (single)
2. achong + wife + son + daugther
3. Mat bear + Mama bear
4.Mai + tunang
5.iwan
6. mie goku (wife tinggal rumah, bujang konon.. )

*senyuman manja sebelum melantak macam naga. hahahahah
Tak dinafikan agak berkurangan jumlah pernyertaan tahun ini. Mungkin kerana cadangan cabutan bertuah di tarik balik oleh pihak penaja. Or maybe kene hadiah yang lagi mahal agaknyer. Dan mungkin juga sebab penukaran tarikh di akhir akhir waktu. Sorry guys.


Kadang rasa bosan kengkadang pun ade sebab muka yang sama juga bila ade event. Time tak jumpe asik tanyer la pulak, bila nak jumper. Tapi in the end muka muka yang sama juga lah kawan sehidup semati (cume kubur je lain lain) . Tapi aku suka kawan IKM aku, berkawan dengan keihlasan (*aku rasa dah banyak kali aku mention benda ni). Looking foward for next year event.


By the way. Mat bear & Mai hujung tahun kawin. Tahniah!! Alhamdulillah selamat kawan kawan aku dari kesesatan yang berpanjangan. heheheh. Next time ade rezki datang ngan baby.
Acong , makro , richoi dah head start ngan 2 kids. Kene kejar nih...


Sekarang ni aku dok sibuk ngumpul gambor kawan kawan bujang yang tertewas. Hahaha
Later kene buat kelab. Kelab Bapak-2 Minum Malam. (K.B.M.M)


Aku dapat bayang kan tak lama lagi penuh kanak-kanak yang join kami buka puasa. Mesti havoc. Anak aku yang merangkak pun buas, dah berjalan esok lagi la... But having a baby is one of the best feeling of my life, walaupun penat giler.


p/s sori lambat posting agak busy ngan work lately.


Tahun depan macam mane? Ramai lagi akan datang? Ramai lagi kanak kanak menyertai kami? Lebih banyak lagi udang & siakap? (banyak lagi kata mat bear) . Bior tuhan yang menentukan. " 

we cant bring back the good old days, 
coz all of us go our separate ways, 
we cant stay connected forever,
 missing out on the teh tarik together, 
we'll never know the years to come, 
friend to reduce one by one,
 but i'm glad of the memory we shared, 
glad of all the blood, sweat and tears we shed. "
















2 comments:

Anonymous said...

masssyyuukkk..

admin said...

murah rezki tahun depan massyuukkk lagi