AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Thursday, 1 October 2009

Jamuan akhir tahun

teringat masa waktu akhir tahun masa sekolah dulu, semua orang suka waktu itu sebab nak cuti panjang dan boleh buat parti akhir tahun. Masa kat IKMSP dulu kami berkesempatan buat jamuan makan di rumah Puan Khalsom di taman Ria, Sungai Petani.

Makanan di sediakan oleh kami sekelas dan kami menjemput semua pengajar Jabatan Lukisan Senibina. Takdalah 5 star sangat tapi bab makan free memang tak tolak. Laju je sumbat.

Photobucket
*posing istimewa seluruh kelas. smile

Majlis yang diakan sehari selapas hari terakhir kuliah ini cukup meriah. Rasa macam taknak berakhir malam tu. Lepas ni jumpa tak kawan kawan yang sempoi dan caring macam ni. Panjang umur dan ada jodoh jumpe lah. Semua tu tuhan yang aturkan. Aku rasa bersyukur di temukan dengan kawan kawan di ikmsp. "Those were the good old days. We are forever young those days."




Photobucket
*posing istimewa "jantan" seluruh kelas. smile

Aku masih ingat masa aku jumpe Mai kat kl. Masa tu die tahu ramai budak ikmsp kat kl tapi die buat hal sendiri jer. Setelah terkantul dan di desak berjumpe, aku rasa macam nak sekeh sekeh jer mamat tu.
"Ala ko ni.. tak kan nak kawan sampai bile bile kot. Ikm.....cerita lain, kl cerita kat kl lah.." kecik hati aku mai cakap cam tu. Tapi aku faham dan aku ape yang diungkap adalah benar. Impossible nak jumpe semua kawan kawan time reunion. Tapi kawan IKMSP lain beb. Ikhlas , kawan bukan sebab harta atau paras rupe (bende yang dua dua aku kureng. hahahah).



Photobucket
*aku dan kelongsong, ahli jemaah basuh periuk. buddy where are you??


Bile agaknyer nak jumper reramai cam ni. Tuhan saja yang tahu..
Keesokkan harinyer kami dah start hantar kawan kawan ke bus station. Hantar balik negeri masing-2. Sayangnyer nak balik. Sampai mak aku risau" tak balik-2 lagi anak aku ni..."

Photobucket
*hari hantar mat piah balik k.l

2 comments:

Anonymous said...

tetiba rasa sebak..

mael78muar said...

aku pun sebak gak.. huhuhu