Posts

ads

Kenangan Masa Lalu

Image
Gambar ini hasil nukilan Eres a.k.a Mat Bear. Rindu arr kat memember sekelas. Studio yang agak barai ini terlalu banyak kenangan manis dan kelat kelat pisang. gambor yang kat atas ni plak final year special project. project yang banyak meragut masa tidur kiteorang. Gambor gambor ceria masa masa ketiadaan pengajar hehehehe.. LOGO IKM lama. Legend beb. sekarang dah logo 3 warna cam 3 line la plak . posing rocker hahahahah.. where are u guys??? Gambar memberi seribu erti. Kata kata yang tak terucap bila pandang gambor2 lama ni. p/s sorilah gambor low resolution.

sejenak di masa kini

Image
Antara gambar terkini aktiviti makan bebudak ikm. Makan di bagan lalang. Tak ramai yang join. Tapi tak per yang penting friend line tak putus. Semua dah kembang kembang. Dah jadi bapak la katakan. Cuma belum jadi datuk jer. anyway kami harap sampai datuk pun friend-line kami tak putus Mai dan tunang nyer. Bulan 12 2009 insyaAllah. Kurang member bujang. Takpelah kawin. kami pun semua dah lebih suku abad dah. hehehehe Jangan jadi homo dah ler. Sebelah Mai tu Nazir.. Damn rare giler.. hehehe. Banyak atur cara kami setupkan dia tak dapat hadir. Tetiba rezki dia ada. Panjang umur lu bro.. Organizer 'iwan' baju hitam. Keep organizing bro .. Thanks... From boys to men.. dari kiri. hasrol, iwan, eres, hatta, mai, nazir. Kudos to you all. rock and rollar.. metal haller.

Makan ramai ramai

Image
Mesti semua ingat keadaaan kewangan masa zaman persekolahan dulu. Bagi mereka yang bukan dari golongan berada. Membeli belah sudah tentu bukan hobi bagi anda. Apatah lagi makan luar tanpa perasaan bersalah menghabiskan duit mak bapak. Aku berani jamin time student dulu kalau ada makan free ajer pantang, penuh jer dewan. Time kuliah hmmm.. haram.... Di IKMSP hari jumaat adalah cuti. Masa di asrama dulu kalau hari jumaat bangun lewat. Terlepas makan paling penting. Sarapan. Hari jumaat dewan makan asrama mula makan lepas solat jumaat. Jadi memang lapor tahap kronik ler. Sampai masjid jer mata meliar cari pisang. Sekajap jer bersih. Kat masjid kalu ade kuih atau air teh yang semalam punyer pun sapu. Kira nyer kalau ada makanan tak abih panggil budak IKMSP jer lah. Settle.!! Gambar dalam posting kali ini kisah salah seorang member sekelas belanja makan. Mesti ingat yang tukang belanja ni banyak duit. Tapi duitnyer semua datang dari titik peluh sendiri. Dikala member tidur terbongkang tak i...

Pertama kali kenal bebas

Image
Semua remaja ingin bebas. Sifat memberontak dan darah panas orang muda selalu menyebabkan mereka ingin keluar rumah walaupun rumah mereka pasang aircond 24 jam. Mesti korang ingat pertama kali duduk berjauhhan dengan family, tak kira lah walaupun rumah itu sebelah rumah jer. Masa aku duduk asrama dn berjauhhan dari pengawasan family dah rasa bebas giler. Tapi masih lagi bawah pengawasan warden. Kali ini bile sudah final year dan wajib mencari tempat tinggal sendiri. Pengertian bebas itu lebih terjawab dengan rumah yang kami sewa sendiri dan jauh dari pengawasan family dan tenaga pengajar. Rumah dibawah ini ialah rumah yang kami sewa dengan harga rm350.00 kalau tak silap. Murah giler giler. Tapi harga sewa di sungai petani tahun 1997 mmg begitu. rumah ini ada 3 bilik. Dua bilik di tingkat satu dan master bedroom di tingkat 2. Ada 8 orang di 2 bilik bawah. Dan 6 orang di bilik master bedroom. So total 14 org semuanyer.. ramai giler.. kalau beli beras sebulan 50kg.. Masak sendiri beb, bar...

Maafkan saya

"Sepatutnya ko tak perlu minta maaf pada pembaca blog. Sebab die orang tak bayar lu pun untuk bikin blog ni" Tapi sebagai manusia yang tidak pernah kering dari melakukan kesilapan, saya mohon maaf sebab tidak meng'update' blog ini untuk beberapa minggu. Akses internet yang terhad dan kesibukan di pejabat telah menyebabkan segala planning dan update tergendala. Blog ini kene update gak sebabnyer kalau korang masuk google dan taip "ikmsungaipetani" blog ini akan tersenarai sebagai top 10 search entry. So akan jadi kewajiban saya meng'update'nyer secara teratur. Cuma mintak tolong kengkawan yang lain 4wardkan alamat blog ni, jika anda rasa artikal dalam blog ini menarik. Blog ni bukan hanya untuk ikm sungai petani sahaja, tapi utk semua yang menghargai persahabatan kawan dari zaman sekolah atau IPTA & IPTS. InsyaALLAH saya akan datang dengan material terbaru. Assalamualaikum -Suhaimi Ibrahim-

Besi Karat The Musical

Image
LOVE THE MUSIC NOT THE CULTURE -- semua orang suka dengar musik tapi tak perlu terpengaruh dengan budaya asing yang di datangkan bersamanya-- Cerita kali ini berkenaan aktiviti gigs death metal dan metal metal yang seangkatan dengannya. Sebut death/black metal ni semua orang anggap benda yang negative. Cuba kenang kembali trend musik dunia ni. Hippies dikaitkan dengan free love (sex bebas tanpa batasan) free life, marijuana dan bermacam benda yang aku pun tak sanggup nak tulis. Punk, Kalu true Punk.. mane ada istilah kerja, undang-undang, mana ada rumah, so takyah lah ikut sangat. Ikutkan semua musik terkandung benda benda negative budaya asing yang melalaikan. Soo.. Dengar musik boleh, jangan bawa budaya asing. Gambar gambar kat bawah ni di ambil di Rock World Penang. Tempat ni selalu jadi venue untuk gig gig metal kat Penang ni. Dulu senario metal kat sini agak best gak. Time turun Penang hari Ahad kalau ade gig nampak gelap jer. (Semua orang dok pakai hitam) Kalau tak kenal pun laya...

JOM MAKAN RAMAI RAMAI DI BAGAN LALANG

marilah geng IKMSP, (tak kisah bash @ kursus mane pun) mari menjamu selera di Restoren Terapung H.M Sri Bagan. Ajak lah sedara mara anda .. Ajak jangan tak ajak. Tarikh keramat 7 march 09 menu: 1. otak2 2. nasi putih / nasi lemak 3. ikan siakap masam manis 4. ikan cencaru bakar 5. sup ketam 6. sotong goreng tepung 7. udang butter 8. keilan ikan masin 9. kangkung belacan 10. sirap ais 11. buah tembikai RM30-35 per person perghhh terangkat beb!!!! contact d' organizer @ punisher 012-6994 628 & 012-9411 230 iwan/benuq lokasi kat bawah :) http://www.hmsribagan.com/lokasi-sribagan.html p/s harga dan menu yang di set kan disini telah mendapat diskaun dari harga menu mereka.. join jangan tak join!!!!