Posts

ads

2003 home coming.. Sayak Island

Image
Pulau Sayak Tour 2003. Adalah kemuncak bagi segala perancangan yang kami rancang selama setahun. Berbelas meeting and paper work kami buat untuk percutian kumpulan/gathering bersejarah ini. Walaupun hanya beberape orang saja yang dapat pergi berbanding perancangan awal seramai 20-30 orang, we still have some fun. * posing depan chalet Pulau Sayak Pada ketika ini kami semua bujang dan dara.. so memang fun. Time sampai awal pagi. Bertolak malam dari kuala lumpur dan tido dalam kereta di R&R dan sambung lepas subuh.. sori guys kalau salah fakta.. long time ago lah..  * Kami suka pantai Sampai sampai tido dulu bagi hilang penat. Pastu mandi laut. mandi sampai sun burn. kah kah kah. Sebelah chalet tu ade kedai jual mee udang atau udang masak mee. selak mee nampak udang. Udang lagi banyak dari mee. Giler. Meleleh makan mee udang yang besor besor tu. Puas hati makan. Atas bukit pulak ade gerai jual cendol pulut. 70sen semangkuk. Pergh.. Syurga makan.    ...

Home Coming Revival (konvo)

Image
Konvokesyen... Benda yang Everybody looking 4ward to. Nak jumpe kawan kawan yang dah berbulan tak jumper. kenkadang bende ni jadi Konvo - eksyen.. nak berlagak ngan rupe baru dan rambut baru..Nak challange rambut siape paling panjang.. hahaha. Perkara perkara konvo ni semua orang suka. Cume bab nak membayor deposit konvo and duit photo jer yang tak best.. Event event dalam foto kali ini berlaku beberape hari sebelum konvo. Semangat giler datang konvo. Bile orang tanyer kenapa datang beberape hari awal.. Nak join raptai konon.. cewahh.. Aku suka SP ni.. Aku tak perlu dress up nak impress orang.. Orang kat sini tak peduli fesyen. Pakai jer apa hang nak pakai. Jangan bogel dah. Di sini juga tak perlu bawak duit banyak-banyak. Sarapan pagi RM1.00 @ 1.50 dah cukup kenyang. Makan lunch bawah RM 4 sekali air minum pun dah kira puas hati. Kalu bawak Rm 10 tu boleh belanja kawan lah.. kalu nasib baik 3 orang sekali.. Sekarang ni jer aku tak tahu harga makanan kat sane sekarang. ...

Pengalaman di sungai petani

Image
Bila melihat menara jam ini teringat bandar Sungai Petani. Kalau Google Image taipkan "sungai petani", rasa nyer gambar jam ini antara imej imej terawal yang anda akan dapat lihat. Aku selalu pandang jam ini di hadapan bank time keluarkan duit sara hidup dari Mara di BSN Sungai Petani. Biasa nya kalau time dapat duit sara hidup atau elaun memang penuh kat BSN. Beratur macam mengharap bantuan makanan. Kengkadang satu orang sampai 7 kad atm. Biasanya awek awek yang buat macam ni. Jejaka jejaka yang tunggu belakang muka mencuka jer. Hmm macam pernah terkene kan.?? *Menara Jam di Sungai Petani Opposite KFC ada Bangunan Uda Ocean, @ SP Plaza (kalau tak silap la) di situ lah tempat lepak ngan kawan kawan sebelum City Square (ker Central Square??) dibina. Di tingkat bawah ada satu A&W dimane Si Labu belanja kawan kawanyer makan. Buurrpp.. Thanks bro. *SP Plaza (bertentang dengan BSN) Sebelah SP Plaza ada bangunan lama ciri ciri akitektur Morish @ Islam, sekarang ni da...

Buka Puasa Bagan Lalang 2009 - kenyang -

Image
- burrpp- Alhamdulliah kenyang. Sessi buka puasa tahun 2009 kali ini dapat dilicinkan.... dijayakan dengan berjayanya. Walaupun tak ramai yang join macam kelab satria neo yg makan kat meja belakang kami. Perjalanan bermula dengan konvoi tak rasmi dari masjid sepang/klia (nama masjid saya tak ingat.. ..) . Dengan mengekori kereta Hatta concord n Azra kami di bawa melalui jalan jalan kampung yang tenang dan nyaman dengan udara kampung. Sekilo dua meter dari destinasi, bau laut tu dah aku kenal. Maklumlah orang muor la katakan. Cun beb, macam driving into the sun set.  Restoren ni terletak di pinggir pantai, kira separuh on water separuh on land lah.. apa..tsunami.. oh tak terjadi masa tu kami dah kaji laporan jabatan kajian gempa ma'sia. Sampai pun kira 10min lagi nak buka. Terus duduk kat meja yang di tempah. Tak lami lagi di kawasan ni akan jadi Sepang Goldcost. Tempat perlancongan la katakan. * view to the sea. Rasa cam nak buat rumah jer kat sini . Tempat untuk bersara. ...

Jamuan akhir tahun

Image
teringat masa waktu akhir tahun masa sekolah dulu, semua orang suka waktu itu sebab nak cuti panjang dan boleh buat parti akhir tahun. Masa kat IKMSP dulu kami berkesempatan buat jamuan makan di rumah Puan Khalsom di taman Ria, Sungai Petani. Makanan di sediakan oleh kami sekelas dan kami menjemput semua pengajar Jabatan Lukisan Senibina. Takdalah 5 star sangat tapi bab makan free memang tak tolak. Laju je sumbat. *posing istimewa seluruh kelas. smile Majlis yang diakan sehari selapas hari terakhir kuliah ini cukup meriah. Rasa macam taknak berakhir malam tu. Lepas ni jumpa tak kawan kawan yang sempoi dan caring macam ni. Panjang umur dan ada jodoh jumpe lah. Semua tu tuhan yang aturkan. Aku rasa bersyukur di temukan dengan kawan kawan di ikmsp. "Those were the good old days. We are forever young those days." *posing istimewa "jantan" seluruh kelas. smile Aku masih ingat masa aku jumpe Mai kat kl. Masa tu die tahu ramai budak ikmsp kat kl tapi die buat hal sendiri j...

the event of the year is back!!! Ramadhan Gathering

Buka puasa bersama kengkawan telah kembali!!!!! tarikh keramat . ialah hari SABTU 5/9/2009 semua tetamu terhormat di jemput hadir:- minuman rasmi . hehehe Fresh Orange Venue – restoran terapung sri bagan Price per head – RM40 nett(balance kalau ada insyaALLAH akan di returnkan) Menu:- 1.Otak otak 2.Nasi lemak / nasi putih 3.Kerapu sweet sour 4.Siakap steam baekkk 5.Sotong goreng tepung 6.Buttered Prawn 7.Kalian ikan masin 8.Lala goring berlada 9.Tomyam campur sekali lagi tarikhnya time (nak maghrib lah tak kan solat asar kot) & date – 29/08/09 contact person – azra, mai, izwan, eres, suhaimi account number – maybank (azra) – 1121 4751 4252 kalu tak nak bank in time makan bawak duit jer... bawak lebih pun boleh.. ramai yang lapor.. meeting point – masjid sepang – 6.00p.m map ( dari website restoran) map dalam website restoran ni cume draf jer. tapi di galakkan konvoi reramai nak detail .....try to google it ;-) View Larger Map confirmation – confirm with iwan & azra & m...

The Final Day Has Come

Image
Agak keberatan untuk aku posting gambor gambor terakhir kami di IKMSP, sebaba banyak lagi yang hendak aku ceritakan dengan dunia nih. Tapi menyiarkan gambar gambar ini tidak bermaksud semuanyer akan berakhir. Anggap ini adalah satu flasback. * baru habis present untuk final project. kelegaan dan kenikmatan untuk menarik nafas yang panjang Semua orang dalam dunia ini mesti ingat waktu last day kat sekolah. Hari yang majoriti nyer dah menyalakan rokok dan menayangkan rambut panjang depan guru disiplin. Tak ketinggalan juga mereka yang melengkapkan 'kedatangan' ke shoppping complex atau memonteng tah mana hala. Tapi di IKMSP hari terakhir adalah hari paling sedih dan gumbira.. happy dah habis satu babak dalam hidup aku, sedih sebab terpaksa meninggalkan kawan kawan yang lain. Semua orang datang studio hari bersejarah tu. Macam macam benda berlaku. Minta maaf atas kesilapan , berterus terang dalam percintaan :) Tak kira jaga luahan perasaan pada junior yang comel comel. Time ni jer...