AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Tuesday, 27 October 2009

Pengalaman di sungai petani

Bila melihat menara jam ini teringat bandar Sungai Petani. Kalau Google Image taipkan
"sungai petani",
rasa nyer gambar jam ini antara imej imej terawal yang anda akan dapat lihat.
Aku selalu pandang jam ini di hadapan bank time keluarkan duit sara hidup dari Mara di BSN
Sungai Petani. Biasa nya kalau time dapat duit sara hidup atau elaun memang penuh kat BSN.
Beratur macam mengharap bantuan makanan. Kengkadang satu orang sampai 7 kad atm. Biasanya
awek awek yang buat macam ni. Jejaka jejaka yang tunggu belakang muka mencuka jer.
Hmm macam pernah terkene kan.??



pekan sg petani

*Menara Jam di Sungai Petani

Opposite KFC ada Bangunan Uda Ocean, @ SP Plaza (kalau tak silap la) di situ lah tempat lepak ngan kawan kawan sebelum City Square (ker Central Square??) dibina. Di tingkat bawah ada satu A&W
dimane Si Labu belanja kawan kawanyer makan. Buurrpp.. Thanks bro.

sp plaza

*SP Plaza (bertentang dengan BSN)

Sebelah SP Plaza ada bangunan lama ciri ciri akitektur Morish @ Islam, sekarang ni dah jadi HSBC rasanya. Di sebelah bangunan tu ada lorong pejalan kaki yang selalu dijadikan pasar siang di hari jumaat. Petang jumaat selalu turun situ pekene nasi ayam. Sedap nasi ayam kat situ. Awek yang meniaga kawasan tu pun cun..


hsbc sp

*HSBC Sungai Petani

Kalau teruskan lagi perjalanan ke arah selatan anda akan jumpa lebih banyak lagi bangunan bangunan "post war building" . Di penghujung bandar tersergam shopping komplex City Square (ker Central Square??). Dulu selalu tgk wayang kat sini. Time tu wayang GSC CINEPLEX baru buka. Sangat canggih berbanding dari pawagam zaman dulu. Harga tiket tahun 1996-97 baru rm 6.00. Murah nyer.. Masa tu paling kurang pun sekali sebulan tgk wayang.



shopping complex sp

* Shopping Complex di penghujung banda


Sungai petani tak la havoc macam Penang atau K.L tapi cukup lah untuk beriadah dan berpoya poya dengan rakan rakan di hari minggu. Dulu jalan reramai dengan kawan kawan , sekarang ni jalan dengan anak dan isteri. Cepat betul masa berlalu

Ape kene pulak dengan logo di bawah ni. Logo di bawah ni Logo baru IKM. Logo ni diperkenal kan pada penghujung 1997. Tahun terakhir aku di situ.

logo ikm baru

*logo baru IKM.

4 comments:

Anonymous said...

What a small world we have here! All the devils seniorszz...

admin said...

haha nobody an angels here..

Anonymous said...

awat lama tak update??

Anonymous said...

bz.. lagi pun sejak ade face book.. dah ramai yg tak lawat blog nih..