Mesti semua ingat keadaaan kewangan masa zaman persekolahan dulu. Bagi mereka yang bukan dari golongan berada. Membeli belah sudah tentu bukan hobi bagi anda. Apatah lagi makan luar tanpa perasaan bersalah menghabiskan duit mak bapak.
Aku berani jamin time student dulu kalau ada makan free ajer pantang, penuh jer dewan. Time kuliah hmmm.. haram.... Di IKMSP hari jumaat adalah cuti. Masa di asrama dulu kalau hari jumaat bangun lewat. Terlepas makan paling penting. Sarapan. Hari jumaat dewan makan asrama mula makan lepas solat jumaat. Jadi memang lapor tahap kronik ler. Sampai masjid jer mata meliar cari pisang. Sekajap jer bersih. Kat masjid kalu ade kuih atau air teh yang semalam punyer pun sapu. Kira nyer kalau ada makanan tak abih panggil budak IKMSP jer lah. Settle.!!
Gambar dalam posting kali ini kisah salah seorang member sekelas belanja makan. Mesti ingat yang tukang belanja ni banyak duit. Tapi duitnyer semua datang dari titik peluh sendiri. Dikala member tidur terbongkang tak ingat waktu maghrib tika balik kuliah. Mamat ni dah bergegas ke tempat kerja part time. Jadi juruwang di pasaraya ocean. Tika kami gelak gelak hisap rokok lepas makan malam, dia masih lagi berkerja. Tapi mamat ni bagus, dia tak berkira sangat. Itu lah sebabnya die ambil keputusan belanja makan kami sekelas.
Tanpa berfikir panjang abis kuliah jer terus salin baju turun town Sungai Petani. Kebetulan esok cuti. Hmm balik lewat malam ler jawabnyer. Kena lak time belanja hujung hujung bulan. Rezeki bro!!.. Pengalaman hari itu juga mengajar aku erti "makan bersama kawan, bukan makan kawan". Sesekali kalu ade duit lebih belanja ler kawan kawan makan. Murah rezki nanti. Mungkin anda dan rakan rakan makan di restoran mewah, mungkin rangkaian fast food, mungkin kedai makak, atau gerai kecil celah celah bangunan di hutan kotaraya ini. Yang penting nya ikhlas.
Sesekali tgk gambar lama lama macam ini (gambar ini tahun 97) teringat kawan kawan seperjuangan dulu. Sesekali terasa macam nak buat reunion lak. Dah buat reunion tentu ade makan makan sekali. Apa lagi start la call kawan kawan anda buat reunion, tentu banyak cerita yang hendak di ceritakan dan makanan untuk dimakan. Adios..
p/s tak perlu le aku cakap nama mamat tu. die low profile. hehehe
2 comments:
labu belanjeke ??...sape ader no tel dia...
tolong paste kat sini...
labu di mane hang???
Post a Comment