AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Sunday 1 February 2009

Senior Tapi Ceria

Semester 2 (sem 2 dah kira senior tau) bermula dengan perpindahan StudioB ke tingkat bawah dan Studio A di tingkat yang sama tetapi berlainan bilik. Studio A ditempatkan bersebelahan bilik Pengajar. Dan ini menyebabkan pelatih Studio A sering senyap kerana 'malaikat' lalu. Oleh kerana Studio B di tingkat bawah dan jauh dari permerhatian mata-2 menyebabkan pelatihnyer sering tersampuk setan. Kadangkala pelatih Studio A turun ke bawah di studio B untuk subjek pada jadual waktu yang sama. Ini telah menyebabkan 'level' keceriaan meningkat berganda-ganda. Formula ini terbukti bila. S3T4N + SETAN = DeviL.


Tak le kami sejahat itu. In a nut shell (kesimpulannya) Studio B agak ceria pada waktu-waktu tertentu. Ini dapat diterangkan dengan di bawah gambar ini. Ceria kan?


sem 2 class 2



Gambar ini menunjukkan betapa gembira walaupun kurusnya kami. Kekurangan makanan atau (dengan lebih tepat) kekurangan wang untuk membeli makanan,telah menyebabkan sebahagian dari kami terpaksa membeli rokok. Rokok murah masa tu, tul tak geng??


Bagaimana keadaan kami sekarang? Lihat gambar tadi dan tambahkan 5-10kg dan hasilnya mantap, padat dan berisi. Sebahagian dari kami kelihatan mengandung walaupun kami lelaki.


Waktu kuliah biasanya bermula dari 8.00 pagi. Pada 10.30 pagi berhenti minum pagi. Sarapan kegemaran, Nasi lemak ikan masin RM 0.50 dan teh O'RM 0.50. Kat mana boleh dapat breakfast RM 1.00!?. Itu tahun 1997, sekarang tak tahu macam mana. Zaman dah berubah harga pun mesti berubah. Pukul 11.00 pagi masuk sampai pukul 1.00 untuk lunch dan solat zohor.Kelas sambung pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Di dewan makan asrama ada minum petang. Tapi jarang kami dapat minum petang. Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar LUKISAN SENIBINA atau *TEKNOLOGI LUKISAN SENIBINA (*nama baru) balik agak lewat unutk menyiapkan kerja drafting yang memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Pendek kata"Balik awal kadang-kadang, Balik lewat dah biasa"




---------------------------5 MINUTE BRAKE--------------------------------------------------------------LINE CLEAR?----------- CANTIK KITA SAMBUNG----------------







sem 2 class 01



Lelaki berusia yang bergambar di antara kami ialah En. Hashim.(lihat gambar di atas) Pengajar subjek Building Services. Besar jasanya pada kami. Dengan beliau kami belajar banyak ilmu berguna. Antara yangmenyebabkan kelas beliau tidak membosankan kerana dia sering membuatkan kami ketawa. Beliau juga sering menyebelahi kaum adam bila ada debat antara adam dan hawa.


Mengabadikan gambar En. Hashim di sini tidak bermakna kami tidak menghargai jasa tenaga pengajar yang lain. Banyak lagi tenaga pengajar yang kami ingin berterima kasih seperti En. Bahrin, En. Tojiman, Pn.Kalsom dan lain-lain lagi. Jikalau dibukukan ucapan terima kasih kami pada tenaga pengajar IKMSP ini nescaya buku penduan telefon pun tidak dapat menampungnya.

2 comments:

Anonymous said...

pakcik toya...hehehe

Anonymous said...

achong pegang tangan saper tu weii... tangan brut. ker??...hish... x padan ngan kecik..gatai...