AL-Kisah Punya Introduction

Ini cerita pasal aku? Bukan ini cerita pasal kami. Siapa kami? Kami di sini bermaksud sekumpulan manusia yang berjumpa pada Jun 1996 - Dis 1997 di utara tanah air. Ini cerita kami penuntut IKMSP. Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Sungai Petani kat mana? Buka buku geografi.. hahahaha

"paling penting sekali.. PERSAHABATAN. Blog ini pun atas sebab menghargai PERSAHABATAN. Sebelum pergi lebih jauh aku nak mintak maaf kalu ade tersinggung bahasa. Disini akan"


Monday, 26 January 2009

pelajaran telah bermula

Photobucket


Gambar di atas ini adalah original line up of
IKMSP LSB Class of June 1996 Studio B junior year
Berdiri dari kiri belakang:
Syam, Ash, Liza, Roslina, Zalina, Hasnida, Kak Zah, Suzie, Azra,
Azraf,
Duduk dari kiri hadapan:
Hasrol, Mat Piah, Tarmizie, Azhar, Eres, Zarim, Affendi, Suhaimi, Mazrul


Gambar ni dah 10 tahun lebih soo.. sorilah quality tak sehebat digital.
Pada masa ini kelas kami di tingkat 3. Lokasi terbaik, belakang kelas
ada tempat isap rokok kat tangga. Itu semua sebelum larangan isap rokok
di Institusi Kerajaan. Kat tangga tu lah port junior isap rokok.
Sehingga kantol ngan En. Hashim, dan En Hashim kantol ngan kami di tandas
dekat tangga belakang. Hahahaha.


Mesti korang tanya apa kaitan "pelajaran telah bermula" dengan tangga
belakang port isap rokok. Haa.. Sebelum mula study kene kenal situasi
dan keadaan sekeliling dulu. Kenal pasti port-port strategi dan tempat
melarikan diri. Tapi sekarang pintu itu dah di kunci.


Setiap pelatih LUKISAN SENI BINA di berikan satu meja drafting dan
T square kayu, T square mestilah di pulangkan di tahun akhir tanpa cacat
cela, di mana syarat ini telah mengakibatkan segelintir pelatih telah
berjaya mencelakan T square dan membawa pulang benda alah kayu itu
sebagai souvenieir. Masa junior cemerlang, datang on time. Assignment
buat. Tapi kehangatan tahi ayam itu ada had nya. Ujung semester dah
kabur segala usaha apabila bunga bunga cinta mula mekar. Oleh kerana
bunga bunga di studio A dan B comel comel dan sihat belaka, maka
banyaklah kumbang veteren dan kumbang muda datang mencoba nasib.
Sebahagian kami yang masih keras(HARDCORE) tidak akan tunduk pada cinta
tapi cuma jeling pada bunga. Bunga banyak, kenapa nak rebut yang satu.
"Keeping our option open" YEEAAARRRGGHHHHH!!!!!!


Gambor kat bawah ni pulak dengan senior nama Jalut kalu tak silap.
Dia ni bukan LSB, EDI rasanya. tapi selalu lepak kelas kami. Dia kata
kelas kami best. Ker.... bunganyer yang best Hehehehehee


p/s sorilah kalau melalut, aku bukan pelulis novel terkenal :)








7 comments:

Anonymous said...

miss my class

Anonymous said...

Poyo la! hardcore freshie mcm "gua" ni lu org bole lupa ke?

Anonymous said...

waarrhhh..cerita lama tuu....caya lah bro..masih ingat lagi tuu..

Anonymous said...

bro.. tu class 'b' lah..

admin said...

ye ke aku class b.. sor bro 10.. forget lor

caboiwazhere said...

pergh dasat la.. dah ada blog beb...... baguih... baguih... cayalahhh....

Anonymous said...

hanya tinggal kenangan....class lsb B