Posts

ads

kami di doraysamy

Image
ketika ini aku di doraysamy . Layan sup dengan mat bear, mai, dudi, aku dan iwan. Iwan dok sibuk balun aku pasal blog ni. Mungkin sebab aku dh lame tak update. Maybe iwan dah bosan dengan cerita aku aku dalam blog ni. Dah ada gambor aku jer. Nak wat camner dah dari phot album aku yg aku scan... Rindu betul dah lame tak sembang dengan kengkawan ikm. semua dok tanyer siapa nak buat buka puasa. msing masing pandang bahu. Mungkin dah sampai masa org baru ambil alih. Amacam Iwan? ade berani. Tapi kalau die buat si Mai kene turut serta organise..dah nasib badan. http://www.panoramio.com/photo/8821245 Rindu betul. dah lame tak jumper kengkawan. Sejak dua menjak ni. Mat bear menyatakan hasrat nak berjumpa, setelah busy sekian lame. Event tahunan yg paling dinantikan "buka posa" dah makin hampir. Kali ni tak tahu siapa nak organise. Tengok je lah. Tau tau calling -calling , sms-sms, tau tau jadi jer. tak kisah la 4@5 orang. Janji jadi jumpa, makan, lepak, gelak tawa, tukar cerita...

perkahwinan Muzz aka Janggut

Image
-banner Alhamdullilah, kawin jugak ko Muzz. Punah lah segala gossip yang ko ni gay.. hehehe. Any way tahniah, jodoh kekal ke akhir hayat. Minta maaf bebanyak sebab tak dapat hadir. Syukur ramai yg hadir di kenduri Muzz. Wanita dan perkahwinan lepas ni giliran sape lak? Belasah jer lah sape dulu. Go with the flow. Dengar kata honeymoon kat krabi island.. best tuh.. *sahabat baik yang kawin lebih awal.. dah 2.5 dah anak.. tak terkejor ko Muzz.. hehee

life after twintech

Image
di mane anda lepas IKM?? Saya terlanding di sini untuk mengejar seni bina.. anda di mane??

2003 home coming.. Sayak Island

Image
Pulau Sayak Tour 2003. Adalah kemuncak bagi segala perancangan yang kami rancang selama setahun. Berbelas meeting and paper work kami buat untuk percutian kumpulan/gathering bersejarah ini. Walaupun hanya beberape orang saja yang dapat pergi berbanding perancangan awal seramai 20-30 orang, we still have some fun. * posing depan chalet Pulau Sayak Pada ketika ini kami semua bujang dan dara.. so memang fun. Time sampai awal pagi. Bertolak malam dari kuala lumpur dan tido dalam kereta di R&R dan sambung lepas subuh.. sori guys kalau salah fakta.. long time ago lah..  * Kami suka pantai Sampai sampai tido dulu bagi hilang penat. Pastu mandi laut. mandi sampai sun burn. kah kah kah. Sebelah chalet tu ade kedai jual mee udang atau udang masak mee. selak mee nampak udang. Udang lagi banyak dari mee. Giler. Meleleh makan mee udang yang besor besor tu. Puas hati makan. Atas bukit pulak ade gerai jual cendol pulut. 70sen semangkuk. Pergh.. Syurga makan.    ...

Home Coming Revival (konvo)

Image
Konvokesyen... Benda yang Everybody looking 4ward to. Nak jumpe kawan kawan yang dah berbulan tak jumper. kenkadang bende ni jadi Konvo - eksyen.. nak berlagak ngan rupe baru dan rambut baru..Nak challange rambut siape paling panjang.. hahaha. Perkara perkara konvo ni semua orang suka. Cume bab nak membayor deposit konvo and duit photo jer yang tak best.. Event event dalam foto kali ini berlaku beberape hari sebelum konvo. Semangat giler datang konvo. Bile orang tanyer kenapa datang beberape hari awal.. Nak join raptai konon.. cewahh.. Aku suka SP ni.. Aku tak perlu dress up nak impress orang.. Orang kat sini tak peduli fesyen. Pakai jer apa hang nak pakai. Jangan bogel dah. Di sini juga tak perlu bawak duit banyak-banyak. Sarapan pagi RM1.00 @ 1.50 dah cukup kenyang. Makan lunch bawah RM 4 sekali air minum pun dah kira puas hati. Kalu bawak Rm 10 tu boleh belanja kawan lah.. kalu nasib baik 3 orang sekali.. Sekarang ni jer aku tak tahu harga makanan kat sane sekarang. ...

Pengalaman di sungai petani

Image
Bila melihat menara jam ini teringat bandar Sungai Petani. Kalau Google Image taipkan "sungai petani", rasa nyer gambar jam ini antara imej imej terawal yang anda akan dapat lihat. Aku selalu pandang jam ini di hadapan bank time keluarkan duit sara hidup dari Mara di BSN Sungai Petani. Biasa nya kalau time dapat duit sara hidup atau elaun memang penuh kat BSN. Beratur macam mengharap bantuan makanan. Kengkadang satu orang sampai 7 kad atm. Biasanya awek awek yang buat macam ni. Jejaka jejaka yang tunggu belakang muka mencuka jer. Hmm macam pernah terkene kan.?? *Menara Jam di Sungai Petani Opposite KFC ada Bangunan Uda Ocean, @ SP Plaza (kalau tak silap la) di situ lah tempat lepak ngan kawan kawan sebelum City Square (ker Central Square??) dibina. Di tingkat bawah ada satu A&W dimane Si Labu belanja kawan kawanyer makan. Buurrpp.. Thanks bro. *SP Plaza (bertentang dengan BSN) Sebelah SP Plaza ada bangunan lama ciri ciri akitektur Morish @ Islam, sekarang ni da...

Buka Puasa Bagan Lalang 2009 - kenyang -

Image
- burrpp- Alhamdulliah kenyang. Sessi buka puasa tahun 2009 kali ini dapat dilicinkan.... dijayakan dengan berjayanya. Walaupun tak ramai yang join macam kelab satria neo yg makan kat meja belakang kami. Perjalanan bermula dengan konvoi tak rasmi dari masjid sepang/klia (nama masjid saya tak ingat.. ..) . Dengan mengekori kereta Hatta concord n Azra kami di bawa melalui jalan jalan kampung yang tenang dan nyaman dengan udara kampung. Sekilo dua meter dari destinasi, bau laut tu dah aku kenal. Maklumlah orang muor la katakan. Cun beb, macam driving into the sun set.  Restoren ni terletak di pinggir pantai, kira separuh on water separuh on land lah.. apa..tsunami.. oh tak terjadi masa tu kami dah kaji laporan jabatan kajian gempa ma'sia. Sampai pun kira 10min lagi nak buka. Terus duduk kat meja yang di tempah. Tak lami lagi di kawasan ni akan jadi Sepang Goldcost. Tempat perlancongan la katakan. * view to the sea. Rasa cam nak buat rumah jer kat sini . Tempat untuk bersara. ...